click..click

...follower...tqvm..

Sep 28, 2011

Paprik Udang


dah lama tak update apa2 resepi....bukan nya dapurku tak berasap.....cuma kemalasan melanda diri. Pejam celik-pejam celik, nampaknya kita berada di akhir bulan september.
~~ Selamat tinggal September, Selamat datang Oktober, tak sabar rasanya menunggu mu November, apatah lagi diri mu Disember.....berdebar2 menanti kemunculan mu Januari 2012...... 
Kali nie mencuba resepi yang disekodeng daripada blog Hana's Family. Bahan-bahan diubah mengikut selera sekeluarga...esp...bab sayur-mayur(sebab anak2 suka makan cauliflower berbanding sayuran yang lain....sesiapa yang nak cuba...rujuk resepi kat bawah

Resepi : Paprik Udang


~Bahan-bahan paprik Udang ~
  • 500g udang segar
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato -x bubuh
  • 5 biji cili padi - ditumbuk- kalau tak nak pedas kurangkan
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara-cara
  1. Panaskan kuali.
  2. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.



No comments:

Post a Comment

KongsiResepi

Rehat Sekejap...