click..click

...follower...tqvm..

Aug 16, 2011

TomYam...Udang

Alhamdulilah.....dah masuk Ramadhan yang ke 16 hari nie, bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik sempena bulan yang mulia ini.Walau sibuk dengan tugasan kerja masih mampu juga menyediakan lauk pauk untuk berbuka sekaligus merangkap juadah untuk bersahur pula. Kadang-kadang apabila dilanda kemalasan yang teramat barulah saya membeli juadah di bazaar Ramadhan. Itupun untuk menambah juadah yang ada.Sibuk bagaimanapun saya akan memasak sekurang2nya satu lauk utama untuk berbuka. Sebenarnya bulan Ramadhan meninggalkan kenangan manis yang berkaitan dengan Blog dapurku berasap. Idea membuat blog ini timbul semasa bulan Ramadhan 2009. Ketika itu baru melanggan Broadband Celcom dan nak mencari menu dan idea untuk memasak. Mula2 rasa begitu kagum dengan beberapa blog masakan yang mempamerkan gambar2 dan resepi yang begitu canggih dan memang mengecurkan air liur apabila membaca dan memandang. Rasa2nya dengan adanya blog sendiri banyak kesan positif yang saya dapat terutama ketika mencuba resepi2 dari dapur rakan2 yang lain sekaligus dapat menyediakan juadah dengan lebih kreatif dan menyelerakan untuk keluarga. Tapi, maaf saya pohonkan kepada rakan2 blogger kerana tidak dapat hendak meninggalkan komen atau membalas komen disebabkan kesibukan tugas di rumah dan di tempat kerja, lebih2 lagi sekarang menggunakan line streamxy, dan tempat baru saya bertugas pula tak ada kemudahan internet. jadi masa yang ada agak terhad untuk saya berblogging tika dan saat ini..Panjang pula leteranku kali ini...Jom semak resepi kat bawah........

Bahan-bahan utama untuk membuat TomYam.



RESEPI TOMYAM UDANG
Sumber: E-nalovely kitchen

Bahan-bahan(telah diubahsuai berdasarkan bahan2 yang ada)
  • Sedikit Udang(dibersih)
  • Lobak merah
  • Cauliflower
  • Brokoli
  • 1biji bawang besar dipotong
  • 1-2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1-2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2  biji tomato dibelah 4
  • 3  batang serai(diketuk)
  • 4 biji limau nipis(nak masam letak lebih)
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 biji cili api/(nak pedas letak lg byk)
  • sedikit cili serbuk(utk warna merah)..kalau nak buat tomyam putih tak perlu bubuh
  • 4-5 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Perasa


Cara-Cara

1. Panaskan satu sudu besar minyak masak.
2. Masukkan bawang putih, kacau hingga naik bau,jgn sampai hangit.
3. Masukkan air, biarkan mendidih.
4. Masukkan serai.
6. Kemudian masukkan cauliflower, bawang besar, dan segala jenis sayur yang ada.
7. Perahkan limau nipis dan masukkan daun limau purut serta cili padi yg di ketuk.
8. Masukkan garam dan perasa.Rasakan cukup masam,masinnya dan akhir sekali baru
masukkan udang dan sotong
9. Bila sudah masak masukkan tomato dan tutup api dapur.
10.Sedia untuk dihidangkan.



Sayur-sayuran yang biasa digunakan di dalam memasak Tomyam.

Nielah pokok limau purut kat belakang rumah saya. Tumbuh subur menghijau. Banyak kegunaannya, selain digunakan untuk membuat tomyam boleh juga digunakan untuk memasak paprik atau rendang.

Aug 13, 2011

Brokoli Wif Udang

Ramadhan yang ke 13, fasa kedua bulan Ramadhan....kadang-kadang kusut juga fikiran memikirkan apa juadah untuk berbuka, dan menu untuk bersahur. Biasanya untuk bersahur saya sediakan menu yang ringkas tetapi berkhasiat. Brokoli udang antara menu ringkas dan berkhasiat untuk bersahur. Biasanya saya sediakan tumisan udang terlebih dahulu, dan bila bangun pagi hanya perlu campurkan brokoli. Mudah dan cepat. Syukur juga suami bukan jenis yang cerewet ketika bersahur. Sejenis menu pun cukup. Anak-anak pula lebih gemar bersahur dengan roti atau bijirin seperti koko krunch. Jom semak resepi.....


Resepi Udang Brokoli

Bahan-bahan

1/. 250gm udang segar
2/. Dua ruas Brokoli (dipotong mengikut citarasa)
3/.5 ulas bawang putih ditumbuk
4/. seulas bawang merah ditumbuk
5/. Minyak masak secukupnya
6/. Kiub ayam
7/. Garam secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Celurkan brokoli terlebih dahulu ( air rebusan dicampur sedikit minyak dan garam). jangan terlampau masak, untuk mengekalkan khasiatnya.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk lumat. masukan udang , kiub ayam dan garam.
3. Apabila  tumisan udang telah masak , masukkan brokoli dan terus tutup api. Gaul brokoli sehingga sebati bersama udang.
4. Siap untuk dihidang.

Aug 8, 2011

BlueBerry CheeseCake

"Ramadhan Al-Mubarakh"......di kesempatan ini ingin saya mengucapkan, Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan semua pengunjung blog Dapurku Berasap. Semoga Ramdhan tahun ini membawa impak yang lebih baik dan mendatangkan keberkatan dalam hidup kita. Sebenarnya ada kawan yang menempah kek nie, tapi anak2 pun nak makan. Jadi buat sebiji untuk dimakan oleh anak2.Terima kasih atas sumbangan tuan punya resepi.


Resepi Blueberry Cheesecake

sumber : Drpd Blog " Dapur Tanpa Sempadan"


BAHAN-BAHANNYA
500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 camca teh esen vanilla (mat guna perisa vanilla butter)
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
Blueberry filling secukupnya (mat guna jenis yang ada biji2 blueberry)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  5. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
  6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...





KongsiResepi

Rehat Sekejap...