click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Jan 27, 2011

MuFFin JaGunG


Bersua kembali pada hari Jumaat yang penuh berkat. Rasa-rasa hari Jumaat saja ada banyak masa melayan diri di alam Cyber. Buat rakan-rakan bloggers, rakan FB, dan rakan2 yang membaca N3 kali nie, maaflah sebab lama tak update status atau komen apa2 status atau membalas salam Ziarah rakan2. Dari hari ke hari terasa semakin sibuk. Pengakhir bulan Januari banyak perkara yang perlu siap dan di hantar. manusia nie memang suka buat perkara last minute.(aku lah tu). Semalam print beberapa dokumen yang perlu ada dalam Folio FRM.,(fail Rekod mengajar). Sampai habis ink printer, lebih kurang 400 muka surat. Tapi syukur kepada yang Esa sempat juga menyerahkan tugasan tersebut. Resepi kali nie dah lama simpan resepi, dan akhir nya tercapai juga hasrat nak mencuba .Muffin Jagung daripada Blog aziancollections
Semasa meneliti resepi daripada blog Kak Azian, ada satu bahan yang bernama CORNMEAL yang agak susah untuk di perolehi. Hampir seluruh bakery kat Kuching saya pergi cari bahan tu. Akhirnya jumpa juga bahan tersebut, di salah sebuah bakery yang agak famous kat Kuching kedai 3K. Tapi lain pula namanya.Polenta Corn, gambar ada kat bawah.
Untuk kak azian terima kasih atas perkongsian resepi , 
saya Copy N paste k,,,,Syukran jazilan, jazakaallahufikh.
CORN MUFFIN

BAHAN-BAHAN

1/2 cawan butter

2/3 cawan gula kastor

1/4 cawan madu

2 biji telur

1/2 tsp garam (saya x letak)

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

3/4 cawan Cornmeal

1/2 tsp baking powder

1/2 cawan susu (saya guna susu segar)

3/4 cawan jagung segar

CARA MENYEDIAKAN.

1. Putar butter, gula, madu dan telur hingga kembang.

2. Masukkan Cornmeal, tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan susu berselang seli sambil di kaup perlahan-lahan.

3. Bila telah sebati masukkan jagung segar dan ratakan.

4. Masukkan kedalam paper cup dan masukkan kedalam Muffin pan atau gunakan cupcakes paper cup.

5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit awal selama 20-30 minit dengan kepanasan 160-C. Gunakan api atas bawah. ( terpulang kpd jenis oven)



5 comments:

  1. As salam kak, apa khabar?..sedap nengok muffin ni...jagung tu pun menarik saya lum pernah jumpa lagi.

    ReplyDelete
  2. Assalam Tinta kite pun mencari cornmeal tak jumpa2 lagi ,nmpk gebusnya muffin tu

    ReplyDelete
  3. Nieza dan Chik Mimi...terima kasih atas kunjungan...hari tu ada juga cuba jagung cair dlm tin...sedap lagi rasanya drpd guna cornmeal

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Tq sudi mencuba resepi itu.
    Memang rasa cornmeal tu spt ada biji2. Jika saya buat Corn muffin lagi saya pun akan skip cornmeal tu...

    ReplyDelete
  5. betul tu kak azian.....ingatkan salah spesis cornmeal yg saya guna..sbb mmg ada rasa biji2...:)

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...