click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Dec 31, 2010

BlueBerry Cheese Tart

Dec 22, 2010

MuFFin CoKLaT

Masa berlalu terus berlalu. Pejam celik-pejam celik tak lama lagi tahun baru.  Begitu pantas masa meninggalkan kita. Setiap kita pasti setiap tahun mempunyai azam dan harapan yang baru sempena perubahan tahun yang tinggal lebih kurang seminggu saja lagi. Apa-apa pun sama ada azam terlaksana ke tidak sama2lah kita berdoa semoga tahun2 yang mendatang membawa kejayaan, kebahagian dan keberkatan dalam hidup. 
Sekarang nie masih lagi dalam mood cuti sekolah, pagi-pagi kalau kat rumah, rasa berada di kedai makan je melayan kerenah anak2. Seorang nak makan nugget, seorang nak makan mee goreng.Itu baru tiga orang. kalau siapa yang ada anak ramai lagi meriah rasanya. Belum lagi sediakan lunch dan makan malam untuk anak. Biasanya saya memasak mengikut selera anak2. Kalau ikut selera sendiri banyak pula benda yang nak dimasak nanti. Jadi untuk minum petang kali  nie saya cuba buat muffin coklat untuk anak2.
Dapat resepi nie daripada Blog  ResepiDiana. Dia pula ambil daripada blog maklangazie. Resepi asal Yani, Myr.Terima kasih atas perkongsian resepi. Muffin coklat nie memang sedap.Kaya dengan rasa coklat. Jom layan resepi kat bawah.



Resepi MuFFin Coklat

Bahan-bahan (10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Nota Yani: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Dec 18, 2010

Umai UdanG

Resepi Dapurku berasap kali nie ialah UMAI UDANG. Umai Udang antara makanan tradisional sarawak. Umai ada pelbagai jenis, antaranya umai Udang, ikan , sotong dan obor-obor.Resepinya hampir sama cuma perlu tukar bahan utama saja. Yang istimewanya umai nie, walau pun ianya tak perlu di masak menggunakan api, tetapi ia tetap masak, sebab diperap bersama air limau nipis dan sedikit cuka. Ikan biasa yang orang guna pula ikan yang tak banyak tulang seperti ikan bawal. Rasa umai nie masam,masin dan pedas. Sesuai sangat di makan bersama ulam-ulaman dan paling best nasi yang masih panas2 bersama tempoyak goreng. Biasanya kalau disebut Umai, bagi yang biasa atau pernah makan, air liur akan merembes, mungkin teringat rasanya yang masam,masin pedas dan sedikit manis(manis ori drpd ikan atau udang yang fresh). Kat blog Dayang Jack pun ada Resepi nie. Boleh KLIK KAT SINI. tapi kali nie saya cuba paparkan resepi saya yang simple dan mudah untuk di cuba.


RESEPI UMAI UDANG

BAHAN-BAHAN

1/2 Kilo udang saiz sederhana besar(biasanya sekilo rm15.00)
5 biji cili padi(kalau suka pedas boleh tambah) ditumbuk lumat
1 biji cili besar(utk hiasan)
2 biji bawang besar(dimayang)
2 biji bawang merah(dimayang)
1 ulas bawang putih(dicincang)
1 inci halia(dihiris panjang)
5 biji buah limau kasturi(diambil jusnya)
1 sudu kecil cuka
perasa secukupnya

CARA-CARANYA

1/. Udang di buang kulit , dibelah dua belakangnya dibersih dan toskan.
2/. Campurkan kesemua bawang dan cili padi yang telah ditumbuk ke dalam udang.
3/. Masukkan perahan air limau bersama cuka.Gaul hingga sebati.
4/. Masukan juga perasa(garam dan bicin(boleh juga di ganti dgn kiub ayam).
5/. Umai boleh di makan setelah diperap sejam atau dua jam ke dalam peti sejuk. kalau di biarkan semalaman lagi sedap rasanya.
Antara banyak2 umai, saya paling suka umai obor-obor. Rasanya agak ranggup bila di kunyah. Tapi penyediaannya agak rumit sikit. Obor-obor perlu direndam, diperah untuk menghilangkan masinnya. 

Ini pula Umai ikan, semasa penyediaan perlu berhati-hati  memotong ikan agar tidak terambil tulang.



Dec 17, 2010

Cup Cake



Ini sebenarnya cup cake pertama saya. Di buat sempena befday anis bersama Mak Dahnya. Jadi buat dua jenis Cake. Lagipun budak2 suka kek2 yang kecil-kecil. Cupcake nie sebenanya saya guna resepi Vanilla Muffin. Nak resepi KLIK KAT SINI.








Powerpuff girls dan Power Rangers, book nak makan yang mana satu.

Dec 10, 2010

Plain Cheese Cake

 Kek nie di buat sempena hari jadi anak saya yang ketiga Anis Hayani Bt Taha. Dengan doa dan harapan,  semoga menjadi anak solehah , hidup berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Kek nie saya hias dengan whipping cream dan buah anggur. Saya tak pernah lagi pergi mana2 kelas Deko. Jadi bahagian tepi kek tu ak pandai nak buat licin2. Saya guna acuan icing, buat corak ke atas je. Sebenarnya majlis nie simple dan tak menjemput semua ahli kluarga, Ianya di buat semasa cuti Awal Muharram. Sebenarnya Anis lahir pada 29 Dis bersamaan 1 Muharram. Kebetulan pula suami pada tarikh tersebut Outstation, jadi secara mengejut saya plan majlis nie mengikut kalendar Islam.
Resepi Plain cheese cake ini saya cedok dari blog rakan saya. Puan Roslah Idris blognya DaPur ExPress, berasal dari negeri di bawah Bayu, dan baru lagi dalam dunia Blogger. Beliau antara kawan rapat, dan serumah dengan saya semasa kami sama2 menimba ilmu di Menara Gading . Lebih kurang 13 tahun  tak pernah lagi berjumpa semula dengan dia. Hanya baru2 nie berjumpa di alam cyber, melalui FB.


Layan resepi kat bawah. Rose minta izin CnP. 

Resepi Cheese Cake

Bahagian dasar kek.
  •  1  1/2 bungkus biskut oreo (hancurkan, saya selalu guna chopper elektrik)
  • 3 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula
  • -campur semuanya dan pdtkan dlm acuan yg bersaiz 8"(sebaik2nya guna acuan 'springfoam'), bkr lebih kurang 10 minit.
Bahagian Filling kek

Bahan2 A ;
  • 500gm krim keju
  • 100gm gula kastor
  • 150ml susu segar(saya ganti dgn whipping cream)
  • 100gm mentega
  • 6 biji kuning telur
  • 10 sudu mkn tepung jagung

Bahan2 B ;

80gm gula kastor
4 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim tartar
-satukan bhn ni dan pukul hingga gebu dan kental (klu terbalikkan mangkuk ke bwh ia tdk jatuh)

Cara2:
1. Pukul krim keju, gula kastor, mentega dan tepung jagung sehingga kembang.
2. kemudian masukkan air susu dan kuning telur, pukul lg sehingga sebati dan berkrim.
3. Kemudian masukkan bhn B yg sdh dipukul td dan gaul perlhn2 sehingga sebati. Slps itu, tuang adunan ke atas biskut yg tlh dbakar.
4. Sediakan acuan yg besar drpd acuan td dan isikan air 1/4 penuh. Klu menggunakan acuan springfoam kena guna 3 loyang utk mengelakkan air masuk ke dlm aduan. Atau, boleh jg, membalut bahagian bawah acuan springfoam menggunakan aluminium foil. Masukkan acuan kek ke dlmnya dan bkr selama 1 1/2 jam pd suhu 160 darjah.
5. Sejukkan pd suhu bilik sblum dimasukkan dlm peti sejuk. Hiaslah mengikut citarasa masing2.




My Princess "Anis hayani"..turn to 2 years old. Bersama abang dan kakak serta sepupu2 .


Anis kurang ceria, sebab demam sikit. Tapi syukur, sekarang dah sembuh.

Dec 4, 2010

MuFFin BlueBeRRy

N3 kali nie masih lagi berkisar tentang Muffin, Betul juga seperti yang Puan Izah,  bagitahu saya, buat muffin nie kalau kita dah biasa macam buat cekodok. Terima kasih banyak2 atas nasihat panjang lebar dari Puan Izah berkaitan dgn Muffin. Part yang paling best buat muffin nie tak perlu keluarkan mesin pengadun kuih, hanya perlu guna tangan jer. Resepi nie sekali lagi  saya ambil daripada Blog Izah Muffin Lover . Manakala Puan Izah pula ambil resepi daripada Resepi Pilihan Diana. Buat kedua-dua penyumbang resepi terima kasih atas resepi izinkan saya CnP buat rujukan di lain hari dan rujukan rakan2 yang ingin mencuba.


Resepi MuFFin Blueberry

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)

2 cawan tepung gandum
(saya guna tepung naik sendiri)
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
(saya tak bubuh)
¾ cawan gula
1 biji telur ( saya tambah sebiji lagi)
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran
(saya guna buttercup yang dicairkan)


CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan ketuhar pada suhu suhu 180’C.
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.




 Muffin yang di bubuh bluberry filling di tengah-tengahnya.

 Sebenarnya muffin blueberry yang saya buat, ada berkaitan dengan gambar di atas. Saya buat Muffin Blueberry tu untuk di bawa pergi mandi-manda ke sebuah resort kat Kuching. Nama resort tu Damai Puri yang terletak kat Santubong Kuching Sarawak. Jadi sambil duduk melihat anak-anak mandi-manda, sambil makan muffin.....memang bestttt....

 Aiman , anak saya yang berusia 5 tahun.


 Alya Farzana, 4 tahun.

 Anis HaYani, Setahun 11 bulan.
 Aiman, Alya dan Anis bersama sepupu mereka, Animie Husna.
 Ummi 3A




Dec 3, 2010

Udang PanGGanG BuTTeR

Udang antara makanan laut yang anak-anak suka makan.Resepi kali  nie simple dan mudah untuk disediakan. Udang bakar begini sedap di makan bersama sambal kicap pedas, dan di makan bersama nasi yang masih panas lagi. Saya sendiri tak berapa minat makan udang, allergik@alahan, hidung akan gatal dan kadang2 mata pula gatal.

Resepi Udang PanGGang
BAHAN-BAHAN

1/2 kilo udang dibersih dan ditoskan
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
sedikit halia ditumbuk lumat
perasa secukupnya
satu sudu besar butter

 CARA-CARA MEMBUATNYA

1/. Udang diperap bersama bahan-bahan yang ditumbuk lumat selama 20 minit
2/. Kemudian digaul bersama butter
3/. Di bakar dalam ketuhar 190c selama 30 minit.Siap untuk dihidangkan



Dec 1, 2010

MuFFin VaNiLLa Cheese...ala2 kenny rogers


Setelah buat muffin coklat hari tu, suami pun bagitahu, kenapa tak ada rasa macam Muffin Kenny rogers. Amboi..isteri susah2 memasak, bukan nak memuji demand tinggi pulak...Biasalah begitulah sikap lelaki. Jadi saya nie menyahutlah cabaran suami dengan mentelaah menggunakan alam cyber mencari resepi2 muffin yang tertulis ala2 kenny rogers...berjumpalah beberapa entry yang memberitahu resepi yang mereka cuba ada rasa muffin kenny rogers. Saya pun salin dan melihat bahan2 yang ada. Tapi yang hairannya bila masa membuat adunan muffin saya terfikir pula dalam peti sejuk ada lagi sisa baki Keju Cheddar yang belum digunakan lagi. jadi semasa membubuh aduanan muffin ke dalam muffin cup, ditengah2nya saya taburkan keju Cheddar yang telah di parut dan begitu juga di bahagian atas muffin. hasilnya memanglah sedappp sangat. sedar tak sedar 6 biji yang pertama masak mmg tak sempat digambar. Saya sendiri makan dua biji dan selebihnya anak2. Nak kata 100% macam muffin kenny rogers taklah juga, kerana dah lama jugak tak makan muffin kat sana. Dulu2 semasa duduk kat Lembah Pantai dan PJ sebulan sekali ada juga merasa makan kat kenny Rogers, sbb masa tu dalam rm 10.90 dah  boleh mkn satu set menu. Tapi sekarang kenapa agak mahal , lebih2 lagi kat Kuching. Resepi Muffin nie saya ambil drpd MyR. Terima kasih atas sumbangan resepi oleh Deenoos MyR,.
Resepi nie saya ubah sikit cara penyusunan bahan, supaya senang bagi  mereka yang nak mencuba.

salah pula ejaan Vanilla kat ats tu....

Resepi Muffin Vanilla cheese

BAHAN A

  • 4 cawan tepung( saya guna tepung naik sendiri)
  • 2 cawan gula(saya guna 11/2 cwn saja)
  • 4 tbsp baking powder 
BAHAN B
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla 
  • 8 tbsp mentega dicairkan
  • 2 cawan susu segar (saya guna brand Dutch Lady)

Bahan2 tambahan
    • *untuk hiasan dan inti ditengah2...keju cheddar yang telah diparut

      Cara-cara

      1.Gaulkan kesemua bahan A hingga sebati.(Ayakkan tepung bersama baking powder sekurang2nya 3 kali, supaya sebati)
      2.Satukan kesemua Bahan B.
      3.masukkan bahan B kedalam bahan A. Jangan terlalu lama mengaul bahan2 tersebut.
      4.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
      5.Bakar selama 20minit/180C.






      KongsiResepi

      Rehat Sekejap...