click..click

...follower...tqvm..

Jul 20, 2010

KEK OREO CHEESE

Bersua kembali...bersyukur kepada yang Esa kerana masih diberi peluang kepada untuk terus benafas di bumi yang permai ini..Sentimental sikit Tinta menulis entry kali nie. Sebenarnya Oreo Cheese kek nie dah lama buat, bersempena Hari Bapa hari tu, baru ada masa nak update blog. Sebelum nie Tinta pernah juga buat entry Oreo cheese kek nie, tapi dgn menggunakan resepi yang lain. Kali nie Tinta mencuba resepi daripada blog Home sweet Home... kepunyaan Ummi Zahidi yang memang champion dalam bab masak memasak. Terima kasih atas perkongsiaan resepi dan izinkan saya CnP....untuk rujukan di lain waktu.Sememangnya Tinta sendiri berpuas hati dgn rasa kek oreo kali nie..sedap sehingga menjilat jari.



RESEPI KEK OREO CHEESE

Bahan Dasar
  • 300gm biskut oreo - di buang krimnya
  • 50gm mentega cair
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim
  • 130 gm gula kaster
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 2 biji telur
  • 250ml whipping krim
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan .bulat 8"8", . Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Tuangkan kesemua bahan Filling, ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.



Alya Farzana, anak tinta yang no 2, nak juga berposing bersama kek kegemarannya.Dialah yang tak sabar nak cuba kek buatan mamanya....
Anak-anak bersama atuk dan sepupu mereka...kebetulan pula, Hari Bapa hari tu Befday atuk mereka...

Jul 1, 2010

KEK LAPIS COKLAT CHEESE




Kek nie, kek kegemaran Tinta, dah beberapa kali buat. Tapi resepi kali nie tinta guna Resepi daripada salah seorang rakan sekerja. Blog nya cantik dan sedap . Kek nie bila Tinta bawa ke tempat kerja ...sekejap je habis...sesiapa yang suka makan kek coklat dan chez yang agak basah boleh mencuba kek nie.


BAHAN-BAHAN

Bahagain kek(coklat)

500 gm muffin mix (perisa coklat)
3 biji telur
75 gm minyak jagung atau mentega cair
200 gm air

1. Satukan semua bahan di atas & pukul dengan kelajuan tinggi sampai gebu & pekat.
2. Bahagi kepada 2 bahagian.
3. Bahagian pertama dituang ke dalam acuan & bakar sampai masak.


Bahagian cheese

500 gm cream cheese
120 gm gula halus
4 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
30 gm tepung gandum

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Pukul cream cheese bersama gula sampai sebati.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus dipukul.
3. Tambah sedikit esen vanilla.
4. Masukkan tepung gandum & gaul sebati.
5. Tuang adunan cheese ini ke atas lapisan coklat pertama tadi. Ratakan.
6. Tuang bahagian kedua adunan coklat & bakar sampai masak.(Tinta guna kaedah kukus..jadi kek agak lembab)



KongsiResepi

Rehat Sekejap...