click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Jun 28, 2010

Kerang masak sos Tiram


Kerang antara masakan kegemaran anak Tinta Aiman, kalau kerang masak begini bertambah-tambahlah nasi semasa makan. Sebenarnya lain orang lain cara mereka memasak kerang nie. Kalau tinta pula kerang setelah direbus sebentar kemudian bila dah sejuk, di buang separuh kulit, barulah di masak dengan bahan2 yang sepatutnya. 
Ada cerita disebalik kerang nie sebenarnya. Sebelum di cuci tinta simpan kerang nie di dalam baldi kecil kat dapur. Tapi kerang nie memang saiznya agak besar. Tiba2 masa tinta sibuk di ruang tamu, tiba2 terdengar suara anak tinta Anis yang berumur setahun lima bulan menjerit2 menanggis. Bila Tinta ke dapur alangkah terkejutnya melihat anak tinta tu menunjuk2 jarinya dan di hujung jarinya terdapat kerang(kena sepit kerang)....aduhai nak gelak pun ada, nervous pun ada masa tu. tinta ambil sudu untuk menanggalkan kerang dari jarinya. Sampai sekarang anis tu takut bila di tunjukkan gambar kerang...apatah lagi nak makan kerang.


RESEPI KERANG SOS TIRAM


Sekilo kerang(dicuci bersih, dibuang separuh kulit)
Halia(dipotong memanjang)
5 Ulas bawang putih(dihiris memanjang)
3 tangkai cili kering (dipotong)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis dan masin(ikut sesedap rasa)
2 batang serai( di titik)

CARA-CARA MEMBUATNYA
1. tumiskan halia, bawang putih dan cili kering sehingga naik bau
2. Masukkan kerang diikuti 3 jenis sos
3. Biarkan seketika dalam kuali dan siap utk di hidangkan(seelok2nya terus makan semasa masih panas)







Jun 8, 2010

Tulang Ikan Masin masak Lemak

Tulang ikan masin masak lemak, sebenarnya tinta jarang masak lemak. Sebab suami tak berapa minat, tapi masak lemak merupakan antara masakan kegemaran tinta.Tulang ikan masin nie di beli kat pasar minggu Satok. Selain di masak begini sedap juga di masak kari atau goreng macam tu je. Sebatang ikan masin seperti dalam gambar kat bawah tu harganya RM8.00.

untuk membuat masak lemak nie tinta merujuk kepada Blog Nannie ... cuma di ubah suai mengikut bahan2 yang tinta ada. Untuk Blog Resepi nannie terima kasih atas perkongsian resepi masak lemak nie.

BAHAN-BAHAN:
3 batang ikan masin
2  biji sayur terung
2 cawan santan pekat
5 biji cili api
1 batang serai dititik
2 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
1 keping asam keping
CARA-CARA MEMASAK...
1. Tulang Ikan masin di rebus sebentar. buang air dan toskan.(utk membuang rasa masin).
2. Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit hidup sampai lumat kemudian satukan serai , santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk kemudian masak diatas api yang sederhana besar sampai kuah agak mendidih. Masukkan ikan masin dan terung, kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan sayur terung menjadi empuk serta masak.







Jun 7, 2010

Mini Bun Cheese

Bersua kembali, lamanya tak update blog. Terima kasih kepada rakan2 blogger yang sudi bertandang dan meninggalkan komen di kala tuannya takde. Resepi kali nie agak mudah disediakan.Untuk membuat doh  roti nie saya merujuk blog Dapur Tanpa Sempadan, kepunyaan Mat Gebu. Terima kasih atas perkongsian resepi. Mini Bun Cheese memang sedap untuk sarapan pagi di minum bersama kopi suam panas.


BAHAN DOH (Roti)
300 g tepung gandum
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra)

Chesse kraft (diparut)
gula secukupnya(untuk di tabur di atas bun roti)




Roti yang telah di uli dan di bulat2kan, dibiarkan seketika sehingga kembang, lebih kurang dalam 30 minit.Barulah dimasukkan ke dalam oven untuk di bakar, pada suhu 180C selama lebih kuran 25 minit atau sehingga warna kekuningan. Semasa masih panas tu taburkan gula dan chesse yang telah di parut. Masukkan semula ke dalam oven lebih kurang selama 3 minit.

KongsiResepi

Rehat Sekejap...