click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Dec 10, 2010

Plain Cheese Cake

 Kek nie di buat sempena hari jadi anak saya yang ketiga Anis Hayani Bt Taha. Dengan doa dan harapan,  semoga menjadi anak solehah , hidup berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Kek nie saya hias dengan whipping cream dan buah anggur. Saya tak pernah lagi pergi mana2 kelas Deko. Jadi bahagian tepi kek tu ak pandai nak buat licin2. Saya guna acuan icing, buat corak ke atas je. Sebenarnya majlis nie simple dan tak menjemput semua ahli kluarga, Ianya di buat semasa cuti Awal Muharram. Sebenarnya Anis lahir pada 29 Dis bersamaan 1 Muharram. Kebetulan pula suami pada tarikh tersebut Outstation, jadi secara mengejut saya plan majlis nie mengikut kalendar Islam.
Resepi Plain cheese cake ini saya cedok dari blog rakan saya. Puan Roslah Idris blognya DaPur ExPress, berasal dari negeri di bawah Bayu, dan baru lagi dalam dunia Blogger. Beliau antara kawan rapat, dan serumah dengan saya semasa kami sama2 menimba ilmu di Menara Gading . Lebih kurang 13 tahun  tak pernah lagi berjumpa semula dengan dia. Hanya baru2 nie berjumpa di alam cyber, melalui FB.


Layan resepi kat bawah. Rose minta izin CnP. 

Resepi Cheese Cake

Bahagian dasar kek.
  •  1  1/2 bungkus biskut oreo (hancurkan, saya selalu guna chopper elektrik)
  • 3 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula
  • -campur semuanya dan pdtkan dlm acuan yg bersaiz 8"(sebaik2nya guna acuan 'springfoam'), bkr lebih kurang 10 minit.
Bahagian Filling kek

Bahan2 A ;
  • 500gm krim keju
  • 100gm gula kastor
  • 150ml susu segar(saya ganti dgn whipping cream)
  • 100gm mentega
  • 6 biji kuning telur
  • 10 sudu mkn tepung jagung

Bahan2 B ;

80gm gula kastor
4 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim tartar
-satukan bhn ni dan pukul hingga gebu dan kental (klu terbalikkan mangkuk ke bwh ia tdk jatuh)

Cara2:
1. Pukul krim keju, gula kastor, mentega dan tepung jagung sehingga kembang.
2. kemudian masukkan air susu dan kuning telur, pukul lg sehingga sebati dan berkrim.
3. Kemudian masukkan bhn B yg sdh dipukul td dan gaul perlhn2 sehingga sebati. Slps itu, tuang adunan ke atas biskut yg tlh dbakar.
4. Sediakan acuan yg besar drpd acuan td dan isikan air 1/4 penuh. Klu menggunakan acuan springfoam kena guna 3 loyang utk mengelakkan air masuk ke dlm aduan. Atau, boleh jg, membalut bahagian bawah acuan springfoam menggunakan aluminium foil. Masukkan acuan kek ke dlmnya dan bkr selama 1 1/2 jam pd suhu 160 darjah.
5. Sejukkan pd suhu bilik sblum dimasukkan dlm peti sejuk. Hiaslah mengikut citarasa masing2.




My Princess "Anis hayani"..turn to 2 years old. Bersama abang dan kakak serta sepupu2 .


Anis kurang ceria, sebab demam sikit. Tapi syukur, sekarang dah sembuh.

7 comments:

  1. semoga anak dara yg cute tu membesar sbg gadis yg solehah...berjaya didunia dan disana..insya Allah...

    sedapnya kek tu...akka mmg hantu cheese kek hehe

    ReplyDelete
  2. amin, terima kasih kak...Happy Weekend...:)

    ReplyDelete
  3. akak , if tk guna whipping cream tkpe ke ?

    ReplyDelete
  4. tak boleh rasanya..cheese cake mesti ada whipping cream..dan mesti di bakar secara water bath

    ReplyDelete
  5. oh , tgk tade pn dlm resepi akak ni . or mybe whipping cream tu serbuk krim tar-tar ek ?

    ReplyDelete
  6. resepi asal guna susu segar,(lupa akak tulis), cream of tartar tu utk rasa masam(boleh ganti/guna jus lemon)

    ReplyDelete
  7. Ji, sedapkah guna whipping cream? Selalu guna susu segar rasa sedap mcm jual kat kedai... Klu kat sabah, kek ni one slice jual RM 7.50..tp, guna span cake lah sebagai base nya..

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...