click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Dec 4, 2010

MuFFin BlueBeRRy

N3 kali nie masih lagi berkisar tentang Muffin, Betul juga seperti yang Puan Izah,  bagitahu saya, buat muffin nie kalau kita dah biasa macam buat cekodok. Terima kasih banyak2 atas nasihat panjang lebar dari Puan Izah berkaitan dgn Muffin. Part yang paling best buat muffin nie tak perlu keluarkan mesin pengadun kuih, hanya perlu guna tangan jer. Resepi nie sekali lagi  saya ambil daripada Blog Izah Muffin Lover . Manakala Puan Izah pula ambil resepi daripada Resepi Pilihan Diana. Buat kedua-dua penyumbang resepi terima kasih atas resepi izinkan saya CnP buat rujukan di lain hari dan rujukan rakan2 yang ingin mencuba.


Resepi MuFFin Blueberry

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)

2 cawan tepung gandum
(saya guna tepung naik sendiri)
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
(saya tak bubuh)
¾ cawan gula
1 biji telur ( saya tambah sebiji lagi)
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran
(saya guna buttercup yang dicairkan)


CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan ketuhar pada suhu suhu 180’C.
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.




 Muffin yang di bubuh bluberry filling di tengah-tengahnya.

 Sebenarnya muffin blueberry yang saya buat, ada berkaitan dengan gambar di atas. Saya buat Muffin Blueberry tu untuk di bawa pergi mandi-manda ke sebuah resort kat Kuching. Nama resort tu Damai Puri yang terletak kat Santubong Kuching Sarawak. Jadi sambil duduk melihat anak-anak mandi-manda, sambil makan muffin.....memang bestttt....

 Aiman , anak saya yang berusia 5 tahun.


 Alya Farzana, 4 tahun.

 Anis HaYani, Setahun 11 bulan.
 Aiman, Alya dan Anis bersama sepupu mereka, Animie Husna.
 Ummi 3A




3 comments:

  1. waahhh...mandi manda ye..comel2 betul anak2 akak nih.. eh saya pernah singgah kat resort ni..tengok pantai dia..memang cantik kat sini..tapi singgah kejap jela..

    bila lagi nak ke kuching ni ya..dah lama pergi masa anak2 dara dulu..hehee..tahun 2005 kalau tak silap..paling best makan jamuan kat bangunan atas bukit tinggiiii tu..

    ReplyDelete
  2. izah..lain kali kalau pgi Kuching jangan lupa bagitahu kakak ye.....

    ReplyDelete
  3. look delicious. :) thx 4 the recipe.. wil try it soon..

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...