click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Nov 30, 2009

Na Pai San....sos Tiram


Sayur nie namanya Na Pai San...selama nie selalu  juga beli sayur nie kat pasar sayur tak tahu pun nama sayur nie na pai san....tahu nye bila beli kat supermarket, tergantung nama sayur nie...Saya nie suka makan apa2 jenis sayur......Resepi nie simple je.....

BAHAN-BAHAN

Sayur(dicuci dan ditoskan)
setengah dada ayam(Isi ayam) dicincang
4 ulas bawang merah dan Putih (dikisar)
3 sudu besar sos tiram
minyak untuk  menumis

CARA-CARA MEMBUATNYA


  • panaskan minyak di dalam kuali

  • tumiskan bawang sehingga naik bau

  • masukkan isi ayam

  • masukkan sos tiram bersama sedikit air

  • bila kuah dah pekat masukkan sayur

  • bila sayur dah layu tutupkan api.



Nov 29, 2009

Mee Hoon Goreng.....


Kalau buat mee hoon goreng...kena goreng putih mcm nie, baru anak2 daat makan, kalau goreng dgn sos atau cili, takut mereka ingat mee tu pedas pula. Untuk resepi nie saya ambil dari majalah(koleksi pribadi), tapi tak ikut sangat pun resepinya...di taip untuk rujukan saya sendiri dan sesiapa yang nak mencuba Mee Hoon goreng Chinese Style.....

MEE HOON GORENG CHINESE STYLE...

 
BAHAN-BAHAN


1 paket Mee Hoon (Dried Rice Vermicelli)
10 ekor udang fresh(ikutlah nak byk macamana)
2 sudu besar udang kering
3 ulas bawang merah di
3 ulas bawang putih
2 sudu kecil serbuk lada hitam (fresh)(optional)
100 gram kobis atau sawi yang telah dihiris kecil-kecil(optional)
2 batang daun bawang atau (daun sup) dihiris
Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA;
  • Mee hoon dicelur dalam air panas hingga lembut.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Bila nampak dah agak garing, masukkan Udang.
  • Bila udang agak masak, masukkan sayur kobis atau sawi.
  • Kacau selama 2 minit.
  • Kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam.
  • Masukkan mee hoon dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan daun bawang, kacau sekejap, bila nampak agak layu, tutup api.




Nov 28, 2009

Juadah Hari Raya Korban...






Rasanya belum terlambat sekali lagi TintaCyber ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Korban"..buat semua teman2 blogger dan tetamu2 blog ini. Entry kali nie berkisar tentang juadah hari raya. Tintacyer nie antara orang yang bertuah hari Raya..bukannya apa,..tak payah nak memasak kat dapur bila hari Raya, mak mertua yang memasak semua lauk-pauk nie, kebetulan Hari Raya Korban ada makan kenduri arwah. Ada lagi juadah2 yang lain...terlupa nak mengambar...Tintacyber hanya buat kuah sate dan coklat cheese cake (will update later).Jadi semua lauk-paukyang sedap  nie disediakan oleh mak mertua..Terima kasih banyak2.....





udang mentega


ayam kicap.....


Kari daging kambing...nie paling sedap....





Sayur campur .....


yang nie pula mee belacan, yang disediakan oleh Puan  Emilin (my sis in Law( dari bintulu),..begitu istimewa sekali...first time makan mee yang dia buat....nantilah saya minta resepi dari beliau...

Nov 27, 2009

Singgang udang..@ udang Didis..




Nie sebenarnya Udang masak singgang....kalau kat Kuching dipanggil Udang didis.....resepinya simple je..

BAHAN-BAHAN

1/2 Kilo udang( dicuci bersih)
serai 3 batang di ketuk
cili hidup(ditumbuk)
sedikit belacan
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
Air asam jawa(boleh juga diganti dgn asam gelugor)
perasa secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA


  • Didihkan air asam jawa, bila dah mendidih masukkan serai, cili yang ditumbuk, bawang putih


  • Masukkan belacan dan akhir sekali masukkan udang


  • Tutup api bila udang hampir masak.





















Sotong Kung Pao.....



Resepi  nie saya ambil daripada sebuah majalah, tapi tak ingat majalah mana. Antara Hobi Tintacyber ialah mengumpul resepi dari majalah2 yg dah lama, digunting dan ditampal ke dalam sebuah buku. Biasanya bulan puasalah selalu merujuk ke dalam buku tu. Jadi kali nie terpandanglah resepi nie, Kung pao pun amenda  saya pun tak tahu, nanti baru nak tanya mak mentua(mak mentua saya berbangsa cina)..jadi saya olah resepi nie dgn memasukkan sedikit lada Hitam(ok jugalah rasanya). Cuma cili kering saya ganti dgn cili hidup.







 

 

 
SOTONG KUNG PAO....
 

 

 

 
Bahan-bahan

 
Sotong (500g)
Cili kering (5 - 6 btg)
Halia ( 1/2 inci)
Sos tiram - 2 sudu besar
Sos Lada Hitam 1 sudu kecil
Bawang Besar
Daun bawang

 

 

 
CARA-CARA MEMBUATNYA...

 
  • Goreng cili kering sampai garing.
  • Masukkan halia yang telah dimayang.
  • Setelah naik bau masukkan sotong. setelah separuh masak, masuk sos tiram dan sos lada hitam.
  • Bila kuah dah agak pekat taburkan bawang besar yang dipotong bulat, biarkan layu seketika.
  • Sebelum tutup api tabur daun bawang.
  • Sedia utk dimakan...

Nov 25, 2009

Kad-kad raya dari teman Blogger..TQvm


TintaCyber sekeluarga ingin mengucapkan ..selamat hari raya Idul Adha..kepada seluruh teman2 blogger dan pengunjung-pengunjung seluruh Malaysia..



Dari Abbot



Dari hasue


Dari Azura



Dari kak Azian


Dari kak Mimie Loma


Nov 24, 2009

Sayur labu ..daun Kunyit, daun singkel





TintaCyber sebenarnya pengemar sayur labu kuning nie..
Lebih-lebih lagi kalau masak lemak,
tetapi kita nie memasak kena ikut selera suami,
suami tak berapa gemar makan masak lemak,
jadi saya masak rebus je labu nie...
Saya campurkan daun singkel(mcm dlm gambar di bawah),
kat tempat lain nama apa ya daun tu?..
kalau kat Kuching dipanggil daun singkel...
daun nie baunya wangi, dicampur pula dgn daun kunyit.....resepi nie ciptaan saya sendiri......





BAHAN-BAHAN


BAHAN A

1/2 biji labu kuning (dipotong dadu)
Daun singkel ikut suka byk mana(satu ikat)
daun kunyit di hiris


BAHAN B

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebatang serai( diketuk)
udang kering(dlm dua ringgit)
cili hidup
Kesemua bahan di atas ditumbuk)
garam
satu buku kiub ayam


CARA-CARA

  • Rebuskan air secukupnya hingga mendidih
  • masukkan kesemua bahan B
  • biarkan mendidih sebentar
  • masukkan labu,
  • bila Labu dah betul2 lembut
  • baru masukkan daun singkel dan kunyit
  • Terus tutup api supaya daun2 tak layu....


















inilah rupa daun singkel...dan daun kunyit yang telah dipotong


Mee Maggie Berapi...asam Mbang...


Masakan nie sebenarnya kes orang kebuluran...tiba2 lapar, tak tahu nak makan apa..Yang paling cepat ialah mee maggie...tapi kat dapur pula ada buah asam Mbang tak dimakan lagi, lantas terciptalahh resepi  nie...Buah Asam Mbang tu apa ya?...ada kat gambar di bawah...Rasa-rasanya adakah tidak buah tu di tempat lain?...rasanya mcm ada kat Borneo je...kalau kat Kuching kami panggil asam Mbang. Buah nie memang spesis asam, tapi rasanya memang sedap, manis campur sedikit masam dan apa yang best baunya harum, isinya pula bukan macam buah mangga, banyak serabut sikit....Untuk entry kali nie tak perlulah resepi..semua orang pandai masak maggie...Habis jugalah semangkuk maggie nie saya sorang makan..slurrpp







asam Mbang sebelum dan selepas dibuka kulit, buah nie ikut musim, kalau musim buah durian baru ada..kalau tak susah juga nak jumpa..



Nov 23, 2009

Ikan Talapia Masak tiga rasa...


 

 

 


 
Resepi nie saya ambil dalam majalah mingguan wanita, dan saya ubah mengikut bahan-bahan yang ada.
Ikan Talapia nie hanyir sedikit. jadi melalui petua yang ada saya lumurkan ikan dengan asam jawa kemudian cuci sehingga bersih. Ikan Talapia nie selain di masak begini, distim pun sedap juga.

 

 

 


 

 

 

 
BAHAN A

 
1 ekor ikan talapia
Garam
Kunyit
minyak masak

 

 

 

 
BAHAN B:

 
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
3 batang serai
5 tangkai cili kering
(Semua bahan ini dikisar )
Sedikit sos cili
Gula
Garam

 

 

 

 
BAHAN C

 
nenas kiub
timun jeruk(timun campur cuka diperap dgn garam)

 

 

 
CARA-CARA MEMBUATNYA

 
  • Bahan A digoreng garing
  • Bahan B ditumis sehingga naik bau.
  • Gula dan garam dibubuh ke dalam bahan B ikut citarasa
  • Masukkan Bahan C(timun dan nenas)
  • Masak sehingga kuah pekat
  • Kemudian angkat dan tuangkan ke atas ikan talapia yang telah digoreng tadi.

 


  

 


Nov 22, 2009

BinGka Durian....daun pandan....






Sebenarnya tintacyber malas juga nak buat bingka nie atau mana2 kuih muih, melainkan hari raya je..ini kerana my hubby tak minat sgt makan yang manis-manis. Kalau buat nanti kita jugalah yang kena menghabiskannya. Di pendekkan cerita bila dah musim dorian nie terngin betul lah nak makan bingka , sebenarnya nak membeli je, tapi habis satu kawasan perumahan nie saya pusing cari orang menjual bingka durian, satu pun tak jumpa.Bingka lain banyaklah..
Akhirnya singgah ke kedai beli santan, singgah tepi jalan beli durian...
Bila dah siap...wau...memang sedaplah bingka yang saya buat nie..tak pernah saya buat entry memuji masakan sendiri, inilah pertama kali..resepi nie saya dapat dari kakak saya sendiri...cuma agak lembik sebab saya lebihkan durian dan santannya...sukatan ikut gelas...saiz gelas ada kat gambar di bawah...untuk pandan paste pula, saya blenderkan daun pandan bersama santan(utk mendapat rasa yg asli)

 

 

 


 
BAHAN-BAHAN BINGKA DURIAN

 
3 biji telur
1 gelas mentega
2 gelas tepung gandum
1 gelas gula halus (boleh kurangkan kalau tak nak manis)                        
1 gelas durian
3 gelas santan
satu sudu kecil pandan paste


CARA-CARA MEMBUATNYA

  • mentega dipukul bersama gula dan telur
  • bila sudah sebati masukkan durian, santan dan tepung
  • masukkan juga pandan paste
  • Gaul sebati
  • bakar dalam ketuhar 120-150c
  • selama lebih kurang 40 minit..
  • siap untuk dihidangkan 

 

 


 

 


 santan warna hijau sebab saya blenderkan bersama daun pandan..

 

Nov 21, 2009

DapurKu tak berasap...



Seperti biasa ...hujung2 minggu....dapurku berasap membawa anda semua, melihat makanan2 yang telah masuk ke dalam perut tintacyber(bukan semua)......
Diharap dari apa yang dipaparkan memberi panduan kepada kita untuk
menyediakan hidangan buat keluarga tersayang.
Begitu jugalah apabila ada blog masakan nie,
sebenarnya ada baiknya juga, sekurang2 kita bersemangat
untuk menyediakan hidangan buat keluarga tersayang...










KongsiResepi

Rehat Sekejap...