click..click

...follower...tqvm..

Oct 31, 2009

Ikan cermin stim.....microwave








Sebelum nie dalam dapurku berasap pernah juga membuat ikan stim, tetapi menggunakan ikan bawal dan dengan menggunakan pengukus...kali  nie kita buat ikan stim dengan menggunakan ikan Cermin dan di stim menggunakan microwave.....






BAHAN-BAHAN
Seekor Ikan Cermin yang di cuci bersih........
Lobak masin di hiris memanjang,
cili merah dihiris
Beberapa ulas bawang merah dihiris seperti di dlm gambar
Beberapa ulas bawang putih dihiris
serai dihiris,
sedikit halia dihiris
beberapa biji Asam Plum jeruk
sedikit minyak masak
perasa secukupnya







 CARA-CARA MEMBUATNYA.................

  • ikan dilumur(digaul) dengan menggunakan asam plum,



  • Bahan2 yang dihiris tadi dibubuh sedikit minyak masak dan perasa, di gaul dan dibubuh atas ikan.



  • Kemudian masukkan ikan ke dalam microwave, selama 20 minit ke atas...













Oct 29, 2009

Ikan Tenggiri Kari...borneo style...


Kari antara masakan kesukaan suami......kali nie kita buat kari ikan menggunakan ikan tenggiri..

BAHAN-BAHAN

seekor ikan tenggiri( dipotong) dan di goreng
serbuk kari (saya biasa gunakan kari segera jenama A1 dan dicampurkan dgn sedikit kari adabi)
5 ulas bawang merah di kisar
sedikit halia (di ketuk)
Air asam jawa
sayur bendi
Tomato di potong
bawang besar (di potong dadu)
santan(kalau takde pun takpa)

CARA-CARA MEMBUATNYA...

Tumiskan bawang merah bersama sedikit halia,
masukan kari segera bersama sedikit kari adabi,
masukkan air asam jawa ,
bila dah mendidih masukkan sayur bendi dan tomato diikuti bawang besar,
 bila sayur dah hampir masak,masukkan santan,
 lepas tu masukkan ikan tenggiri yg telah digoreng....Siap untuk dimakan.


Biar Sayur nie masak, baru masukkan ikan yang sudah digoreng.







Oct 28, 2009

Salad MeRaH dan HiJau


Kali nie...dapurku tak berasap lagi.....tak payah buka gas....sebab buat"Salad Buah Epal"..nama salad nie salad merah hijau, kerana gabungan dua jenis epal...epal merah dan epal hijau..
Nie makanan kegemaran anak-anak. Selalunya orang buat salad epal bubuh bermacam-macam buah, seperti buah anggur.
Tapi anak-anak saya tak suka makan buah anggur.....

BAHAN-BAHAN

epal hijau 4 biji (dipotong dadu)
epal merah 4 biji (dipotong dadu)
susu pekat manis
Mayonis sebenar...

CARA-CARA

gaulkan kesemua bahan2 bersama dgn susu dan mayonis,
simpan dalam peti sejuk,
barulah sedap untuk di makan.








Oct 27, 2009

Sambal Tempea....Borneo...



Bahan2
Tempea(di potong nipis segiempat, digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
kacang tanah (digoreng)
5 ulas bawang merah dikisar
5 tangkai cili keringdikisar....
sedikit gula dan garam

CARA-CARA MEMBUATNYA

tumiskan bawang dgn cili kering, lepas tu bubuhlah gula mengikut citarasa masing2,masukan bahan2semua, tempea, ikan bilis dan juga kacang. terus matikan api supaya semua bahan tu ranggup.





`




Oct 26, 2009

MiDiN Belacan.....Ulam Ubi




Kali ini dapurku berasap teringin pula nak  makan ala2 kampung.......
masak Midin tumis sambal belacan dengan ulam pucuk ubi.
 kalau di Sarawak dipanggil midin..tempat lain agaknya ada yg panggil Lemidin, atau paku....manakala Pucuk Ubi ..kalau di Sarawak dipanggil Pucuk Bandung.....




BAHAN-BAHAN

MIDIN...dalam dua ikat(di buang batang yg keras)
Sambal Belacan( belacan ditumbuk bersama udang kering dgn cili kering dan sedikit cili hidup)
minyak untuk menumis
Perasa

CARA-CARA

Tumiskan sambal belacan, masukkan sayur midin yg telah di cuci dan di toskan seketika.
Jangan bubuh air, bila midin dah hampir layu terus tutup api...dan hidangkan...
Makan semasa masih panas2...barulah sedap.








Ulam Pucuk Ubi Kayu.....

Cara-cara nak menyelur...
Biarkan air mendidih di dalam kuali...bubuh minyak sedikit
bila dah layu ...tutup api..toskan...




Oct 25, 2009

Tomyam...Borneo(sayur2an,udang)



Kali nie dapurku berasap rasa nak makan benda yang masam2 dan pedas ler pula....lalu terlintas di fikiran nak buat TomYam..dari bulan puasa lagi tak buat tomyam...memandangkan bulan puasa hari tu tak berani nak masak masam2 pedas2, takut sakit perut al-maklum, dah seharian perut kosong...jadi kali nie masak ToMyam udang.....style aku sendirilah.....


Bahan2......
Sayur-sayuran...seperti dlm gambar di bawah...
Cendawan2
perencah...mana2 pun boleh...
Udang
Serai(dititik)
Daun limau Purut
Bawang Besar di hiris
bawang puth 5 ulas(diketuk)
Bawang Merah (dihiris)

CARA2

Didihkan air sehingga mendidih...Saya tak guna tumisan.
Bubuh le semua bahan2, serai, segala jenis bawang,daun limau purut, last sekali perencah.
Bila dah mendidih, masukkan cendawan2 dulu, udang,  dan sayur-sayuran \.




Bahan2 nie mesti ada kalau nak buat TomYam

Biasanya perencah nielah saya gunakan...
campuran dua perencah...Perencah Tomyam Knorr dan Cosway...
Barulah seimbang rasa masam dan pedasnya


apa2 jenis cendawan pun boleh...


Kalau nak buat Tomyam Udang bubuhlah udang begitu juga sebaliknya..
Kalau nak TomYam Ayam,,,bubuhlah ayam..


Sayur2sayuran.......yg biasa digunakan




Oct 22, 2009

Ikan Merah Kicap




Bahan2

Seekor ikan merah(di potong kecil dan digoreng dulu)
5 ulas bawang putih
3 ulas bawan merah(ditumbuk lumat)
dua biji bawang besar(dihiris)
5 tangkai cili kering(di potong)
kicap manis sedikit
kicap masin
sos tiram

Cara2

Tumiskan bawang mrah, putih, sedikit halia, cilikering, dan masukkan ikan)
bubuhlah kicap tiga jenis ikut sesuka rasa
masukkan bawang besar yang sudah dipotong, bila bawang agak layu, Tutup api,,,hidangkan,.





Oct 21, 2009

Sambal Mangga daun cantik Manis


DaPurke Berasap kali nie...buat sambal mangga lagi....al-maklum sekarang nie musim buah mangga kat Kuching. Tapi sambal kali nie dicampurkan dengan daun cantik manis. sejenis ulam-ulaman. Bagi yang belum pernah makan sambal mangga atau mana2 buah asam dicampurkan dgn daun ulam nie, bolehlah mencuba. Banyak khasiatnya...

Bahan2
Beberapa biji  buah mangga atau mana2 jenis Buah Asam
Sambal belacan( ikan bilis, belacan, cili kering(lebih sedap)..ditumbuk lumat.
daun cantik manis(ikut suka byk mana)

Cara2
mangga di parut memanjang, daun cantik manis dihiris, dan digaul bersama sambal belacan.



Ikan Bawal Asam Pedas

Ikan Bawal asam pedas nie resepi dari Ibu mertua...dan lauk nie pun dari Ibu mertua.
kalau makan ikan asam pedas nie...memang tak cukup nasi sepinggan..sedap sgt resepi asam pedas nie..




BAHAN2

seekor ikan Bawal
6 ulas bawang putih di tumbuk
kunyit hidup di tumbuk
air asam jawa(ikut selera masing2)..
cili yg telah ditumbuk
2 atau3 batang serai di titik
belacan yg dibakar kemudian di tumbuk
perasa


CARA2
air asam jawa di rebuskan sehingga mendidih, masukkan bawang,
kunyit hidup,serai, cili, dan kesemua bahan2,
Terakhir sekali, baru masukkan Ikan dan perasa.



Oct 20, 2009

Ayam merah Bebola Ayam





1/2 kilo ayam, dipotong mengikut citarasa masing


15-cili  kering (rendam, kisar)(kalau tak nak pedas kurangkan)

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih(dikisar)

4 ulas bawang merah(dikisar)
1 inci halia(dikisar)

1 batang serai

1 biji bawang besar

1 tin kecil tomato puri

100 ml susu cair

1 sudu teh jintan halus (kisar)

sedikit sos cili dan tomato

secukup minyak utk menumis,

garam, gula secukup rasa.

Bebola ayam ayamas(ikut byk mana mahu)

Cara:

Ayam dilumur bersam asebuk kunyit, digoreng terlebih dahulu. Bebola ayam pun digoreng dulu.
Kisar lada kering, bawang besar, bawang putih; halia hingga halus. Panaskan minyak, tumis bawang hiris. Setelah bawang layu, masukkan rempah kisar tadi bersama jintan, serai dan Masak hingga rempah betul2 garing lalu masukkan ayam tadi. Masukkan juga secukup air utk mengempukkan ayam. Setelah ayam 1/2 masak, masukkan tomato puri , garam dan gula. Kacau rata dan masukkan sos cili sedikit. Kacau lagi dan kecilkan api dan biarkan






Oct 13, 2009

KeRaBu ManGGa


Dapurku berasap Lagi....kali ini memperkenalkan resepi yang mudah dan cepat untuk disediakan..iaitu kerabu mangga. Resepi nie daripada my sister in Law...Hasthika.
Mangga selain dibuat dengan sambal belacan , agak sedap juga le di buat kerabu yang dicampurkan dengan ikan bilis dan kacang goreng. Bagi sesiapa yang mendapat alahan memakan belacan bolehlah mencuba resepi ini.







Bahan2
Mangga (diparut seperti dlm gambar)
sedikit air gula
garam
cili padi

Cara2

Campurkan sahaja kesemua bahan tadi. Kuantiti bahan2 ikutlah selera masing2.
Maksudnya kalau suka pedas bubuhlah banyak2 cilinya, begiru jugalah gula dan garam...

















Ketiga2 bahan diatas digaul untuk membuat Kerabu Mangga...


Sardin masak Cendawan


Dapurku berasap Lagi ...kali ini memperkenalkan sardin Cendawan butang. Masakan yang mudah disediakan.
bagi yang malas2 untuk memasak dan mahu cepat siap bolehlah mencuba resepi ini.
Nielah resepi wajibku tatkala suami outstation.

bahan2
Setin sardin
setin kulat butang
sedikit halia
kicap soya cair
sedikit sos tomato dan sos cili
bawang besar 2 biji
cili hidup

Cara2
Tumiskan bawang besar bersama sedikit halia.
Masukan kuah sardin dan bubuh sekali cendawan, kicap dan sos ikutlah rasa masing2.
bila dah mendidih masukkan pula sardin.


Oct 7, 2009

TART NENAS GULUNG





Hari nie dapurku berasap.....update blog dengan memasukkan Resepi tart nenas gulung...salah satu biskut yang mesti dibuat setiap menjelang syawal. Lupa pula nak mngambarkan biskut yang telah dibakar. Bila teringat..alamak biskut dah habis pulak. selalunya biskut nie dibuat bukan untuk dijamu kepada tetamu..tetapi untuk dimakan ahli keluarga terdekat sahaja..nak tahu kenapa...sebab tart nenas saya nie agak sedap..(bukan saya puji diri sendiri)..orang yang makan tart nenas nie yang cakap...haha...tak tahu betul atau tidak....Nak tahu rahsia resepiku nie...Baca kat bawah...


Bahan A


1 kg tepung gandum

sedikit tepung susu nespray

450gm mentega(guna brand Goldenchurn)
tart akan lebih terasa lembut dan lemak


2 biji telur ambil kuning shj

2 biji kuning telur(untuk disapu)

2 sudu teh esen vanila


Bahan B
 (kalau nak mudah beli je yang dah readymade)

1 biji nenas

1 ½ cawan gula

4 kuntum bunga cengkih

sehelai daun pandan

Cara:

1. Gaulkan semua bahan A dan uli hingga lembut untuk dijadikan doh.

2. Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan.

3. Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem nenas di atasnya dan gulung.

4. Sapukan kuning telur diatasnya untuk nampak lebih berseri, dan bakar.






Oct 6, 2009

PENCUCI2 MULUT

Hari nie dapurku tak berasap...habis gas...haha...saja je...
Pencuci-pencuci mulut nie...semuanya sedap-sedap.Tapi bukannya saya yang memasaknya. Hari tu makan kat Waterfront Cafe, Hilton Kuching..jadi sesiapa yg nak mencuri idea utk menghias atau membuat apa2 pencuci mulut...tengok je lah gambar2 kat bawah....















KongsiResepi

Rehat Sekejap...