click..click

...follower...tqvm..

Sep 30, 2009

BISKUT MAKMUR

Atas permintaan Puan Sri Emylyn yang merasa biskut makmur saya hari tu...dia minta resepi..begitu juga dgn beberapa org kawan yang makan biskut nie minta resepi...Jadi saya pun Updatekanlah resepi nie dlm blog...
Selamat Mencuba ...











BAHAN2
Sekilo tepung gandum
setin 250gm minyak Ghee
Gula halus secukupnya
tepung susu secukupnya

CARA2

tepung gandum digoreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga ringan
minyak Sapi dicairkan
Campurkan kedua2 bahan sehingga mudah untuk diuli

Sep 29, 2009

NASI AYAM HAINAN





BAHAN2


BERAS


(digoreng dgn mentega) seperti dlm gambar dibawah, bersama sedikit bawang putih yang ditumbuk bersama sedikit halia, dan sedikit perasa(garam) atau boleh juga menggunakan kiub ayam.(jgn terlampau masin sebab Sup ayam pun sudah ada perasa.)


SUP AYAM
ayam seekor atau setengah
Bawang putih empat biji (ditumbuk)
sedikit halia( dihiris )
bawang besar
kiub ayam
garam
minyak bijan
bunga lawang


CARA2..
1.Rebuskan air bersama bawang besar, bawang yg telah ditumbuk
bila air sudah mendidih masukkan ayam bersama bunga lawang,sedikit minyak bijan,kiub ayam dan garam secukup Rasa.


2.Bila Ayam sudah hampir lembut, keluarkan ayam...ayam boleh dimakan begitu sahaja dgn nasi atau digoreng


3. Masukkan sup kedalam beras yang telah ditumis tadi.Dimasak dengan menggunakan Rice Cooker.



ayam direbus bersama bawang2


Beras yag telah ditumis


Bubuh je dalam Rice Cooker


Boleh dimakan bersama acar timun,...dsbnya



Sep 28, 2009

SAMBAL PETAI




Bahan2
petai
udang
utk membuat sambal belacan
(bwg merah,udang kering,cili kering, belacan) ditumbuk
air asam jawa secukupnya

Cara2
Tumiskan bawang,cili kering,belacan,udangkering,
masukkan air asam jawa..biarkan sehingga kering, baru masukkan petai.

PETUA
tumiskan petai dgn minyak sehingga kehijauan untuk membuang bau petai. selepas itu barulah di masukkan ke dalam tumisan sambal belacan tadi.







Sep 26, 2009

IKAN BILIS GORENG PEDAS



BAHAN2

Ikan bilis digoreng
bawang besar digoreng
cili padi
perasa secukupnya

CARA2

bila semua bahan sudah digoreng, campurkan kesemuanya
 di dalam kuali dgn menggunakan api perlahan sahaja.





Sep 18, 2009

Sayur Campur



Bahan2....
Brokoli
kacang peas
Isi ayam atau udang atau sotong(salah satu)
tauhu jepun
bawang merah yg dikisar utk menumis

Cara2...
tumis bawang merah, bubuh isi ayam...sos tiram....kemudian masukkan sayur2 tadi..

Sep 15, 2009

KEK LAPIS SADAM HUSIN....


Kek ini setiap tahun kena buat, kesukaan keluarga dan anak2,,,Kek kukus,campuran tiga rasa, horlick,milo dan sekaya..Nama kek ini Sadam Husin, tak tahu pulak kenapa diberi nama sedemikian...







BAHAN2
10 biji telur ayam
16 oz mentega
1 tin kecil milo
i botol horlick
1 tin susu manis
1 tin sekaya
1 gelas gula halus
2 gelas tpung gandum
warna: Hijau merah, gula hitam
CARA2
1.Asingkan putuh telur dan kuning telur, . pukul berasingan...kuning telur di pukul bersama mentega + gula+susu..satukan dgn putih telur tadi
2.masukkan tepung gandum(jgn semua)
3. kemudian bahagi tiga bahagian
a. Horlick-hijau
b. sekaya-merah
c. Milo-Hitam(browning sugar)
kukus warna hitam dulu, , merah,, hijau.....

Sep 11, 2009

Biskut Almond Kuching

Nie sebenarnya resepi almond London, saja je letak almond kucing..sempena nama tempat kelahiran ku sendiri...






bahan2
250 gm mentega
150gm gula halus
450gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1 sudu teh empex (utk ranggup)
300 gm biji badam di bakar
450 gm chocolate utk coating

cara2
1.Mentega,gula,telur di pukul , masukkan emplex, tepung dan uli sampai rata.
2.Bujur2kan adunan , masukkan sebiji badam.Bakar sehingga masak dan biarkan sejuk terlebih dahulu.
3.Apabila telah sejuk ,celupkan ke dlm chocolate coating. Masukkan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam di atasnya.

Sep 9, 2009

sAmbaL Kedondong

Nie antara juadah yang mudah untuk di sediakan...sambal kedondong..

Bahan2
Buah kedondong (yang diparut memanjang)
Sambal( campuran ikan bilis,belacan dan cili kering)
Cara2
Campurkan kedondong bersama sambal tadi...lepas tu bubuhlah perasa,gula sikit dan garam.

KARI UDANG..borneo


Bahah2
Undang sekilo
rempah ratus
serbuk kari
daun kari
bwg merah dikisar
bwg putih dikisar
halia di ketuk atau di kisar
air asam jawa
santan
kerisik( kelapu parut disingai kemudian ditumbuk)
minyak utk menumis

CARA2
Tumis bawang merah dan sedikit bawang putih, tambahkan kari,tumis sehingga keluar minyak.masukkan halia, udang,air asam jawa,santan,.akhir sekali masukkan kerisik dan perasa.

Sep 8, 2009

KARI DAGING BORNEO


Bahah2
daging sekilo
rempah ratus
serbuk kari
daun kari
bwg merah dikisar
bwg putih dikisar
halia di ketuk atau di kisar
air asam jawa
santan
kentang
kerisik( kelapu parut disingai kemudian diumbuk)
minyak utk menumis

CARA2
Tumis bawang merah dan sedikit bawang putih, tambahkan kari,tumis sehingga keluar minyak.masukkan halia, daging,air asam jawa,santan,.akhir sekali masukkan kerisik dan perasa.

BuBur Pedas SaRaWak..

Bubur pedas Sarawak , campuran pelbagai jenis sayur-sayuran.
Selalunya kalau orang Vetren(org2 tua),baru le sedap membuatnya. Bahan2 nak membuatnya pula,mestilah ada serbuk bubur pedas(campuran rempah-ratus,beras yg telah ditubuk,mmg dah ready dijual),yang lain2 tu sayur-sayuran seperti kacang, kobis bunga,anak jagung,pelbagai jenis kulat.Bawang merah dikisar bersama sedikit cili kering(kalau tak mahu pedas tak payah),tumiskan bahan2, lepas tu di bubuh perencah bubur pedas,bubuh air biarkan hingga mendidih. sayur2 tu pula hendaklah di potong kecil2 memanjang.Kalau nak sedap lagi bolehlah dibubuh juga santan.kalau tak nak pun takpe.

BAHAN2 untuk membuat Bubur Pedas Sarawak....seperti di bawah....






1. Sepaket Rempah bumbu pedas (inilah rupa bumbu utk membuat bubur pedas)



2. boleh jugak guna udang atau isi ayam atau daging









3.tahu kering yg di potong nipis




4. lobak merah yang di potong seperti dlm gambar






5. Kulat (apa2 jenis) di potong memanjang









6. Daun Kunyit..dihiris halus



7. Sayur kacang panjang dihiris halus
8. Sayur2 diatas ,Boleh di ganti dgn menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran.




Sep 4, 2009

Popia Goreng..Borneo.


Pepatah orang tua ada menyatakan,,,,kalau nak memikat hati suami kena ikat perut dia dulu.jadi hari nie, merajinkan diri membuat popia goreng.





Inilah antara inti Popia goreng saya.


Macam tak sedap, tetapi anak saya memuji popia ,,mama nya sedap.Syukur le dapat pujian dari anak pun dah menghilangkan kepenatan membuat popia nie.



BAHAN2

kulit popia
sayur campuran
isi ayam
bawang merah utk menumis
kiub ayam

CARA2
Tumis bawang,bubuh mix vege,isi ayam dan kiub ayam.
Bila dah sejuk, masukkanlah ke dalam kulit popia, kemudian goreng.

Telur Ayam plus Telur Masin Stim

Kalau dah malas sangat nak memasak , cuba resepi in. Bahan2 pun senang dicari. Ia amat sesuai di makan waktu bersahur...






Bahan2
tiga biji telur ayam
tiga biji telur masin
segelas air masak
bawang putih goreng,daun sup(untuk ditabur diatas telur),kalau takde pun takpe

Cara2
Pukul telur ayam sehingga kembang,masukkan telur masin (yang bahagian kuning dihancurkan terlebih dahulu)..jika tak mahu masin sgt tak payah bubuh garam, bubuhkan kiub ayam je...Lepas tu letakkan ke dalam Stimmer utk dimasak...

Sep 3, 2009

Ikan Bawal Stim ala Borneo




Bahan2....
Ikan(apa2 jenis ikan seperti ikan bawal,kerapu,)Ikan di lumur dengan asam plum jeruk .
Lobak masin,cili.bawang merah,putih,serai,sedikit halia, (dipotong seperti di dalam gambar di atas)
Cara2....
Bahan2 tadi dibubuh minyak perasa, di gaul dan dibubuh atas ikan. Kemudian masukkan ke dalam stimmer).

sup ayam bersama lobak masin jeruk dlm bhs cina(SIN CHUAN CHIN)

Selalunya orang membuat sup ayam dicampurkan dengan kentang. c uba sedikit kelainan kali nie, campurkan pula dengan sayur lobak masin jeruk,seperti yang terdapat dlm gambar.





Bahan2
tak payah diterangkan seperti yg terdapat di dalam gambar di atas.

Cara2
Rebuskan air sehingga mendidih, masukkan kesemua bawang.masukkan ayam yang telah di potong,bila ayam dah hampir masak, kemudian masukkan Sayur tadi.

Tauhu jepun stim daging cincang ikan masin


Ini juga resepi dari Ibu mertua,,,Resepi nie kalau dimakan waktu bersahur agak sesuai kerana ia mampu membuka selera..
bahan2
daging dicincang
ikan masin tenggiri
tauhu jepun(digoreng pun boleh mcm tu saja pun boleh)
bawang merah
sedikit halia
CARA2
daging dicincang bersama ikan masin tenggiri dan bawang
lepas tu di bubuh di atas tauhu
kemudian di stim sehingga masak...
Senang sajakan...Selamat Mencuba...

KongsiResepi

Rehat Sekejap...