click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Aug 27, 2009

Sup Tauhu Lobak Masin




Sup sayur nie, resepi dari Mak Mertua. Mak saya nie berbangsa cina. Jadi kebanyakan resepinya jenis yang tidak berminyak dan bersantan.
Bahan2
isi ayam, sotong,atau udang
tauhu(tauhu jepun)
lobak masin
bawang merah,bawang putih,sedikit halia
tomato.
Cara2
Rebuskan air bersama bawang merah dan putih yang telah ditumbuk. Bila dah mendidih bubuhkan isi ayam dan sotong, lepas tu bubuhlah lobak masin, tomato dan tauhu. terus tutupkan api. Ini kerana tahu tu lembik dan hancur kalau dibiarkan mendidih.

Aug 26, 2009

Laksa Sarawak



Dalam Malaysia terdapat pelbagai laksa.Ini pula laksa Sarawak.Apabila saya membuat laksa adalah juga mendapat puian tentang kesedapannya.Ikutilah petua dibawah.
BAHAN2
 sebungkus perencah laksa Sarawak(adunan pelbagai rempah seperti lengkaus,serai,rempah ratus)..
Santan.
Dua keping Asam gelugur
sebungkus mee hoon,(diselur dgn air panas),.
udang(Dibuang kulit direbus,)
limau kasturi (dibelah dua)
isi ayam, disiat panjang2
daun ketumbar dihiris halus
sambal belacan,
Perasa.
CARA2
Petua yang saya maksudkan, kebanyakan org yg tak tahu membuat laksa, mereka akan rebus prencah tu kemudian tapis. Cara tu boleh juga tapi rasa rempahnya kurang. Lebih baik perencah tu tadi dikisar hancur2, kemudian direbus bersama asam gelugur.

Umai Sarawak


Umai Obor-obor



Umai Udang


Nielah masakan asli orang sarawak.Ianya sedap dimasak terutama bulan posa, boleh membangkit selera makan...Bahan2nya kenalah ada udang atau obor2,atau bleh juga guna isi ikan,bawang besar,cili,perasa,limau nipis,sedikit Halia. Semua bahan2 dihiris memanjang,kemudian digaul bersama udang atau obor,diperap dgn air limau nipis,kemudian disimpan dlm peti sejuk,stelah sejam barulah sedap dimakan.

Aug 24, 2009

Terung Sambal belacan



Ini ialah sayur terung Purple,yang ditumis dengan sambal belacan.Selalunya orang tak buang kulitnya.kali nie cuba buang kulitnya, pasti rasanya berbeza.



Sayur sawi Sos Tiram



Makan sayur elok untuk kesihatan. Untuk menggalakkan anak2 makan sayur,kenalah cuba pebagai cara. Sayur sawi juga enak dimasak begini. Bahan2 mestilah ada sayur sawi,isi ayam yang sudah dicincang halus,bawang merah yang sudah dikisar,sos tiram.Tumis bawang merah,masukkan ayam cincang,sos tiram bersama sedikit air, akhir sekali masukkan pula sayur sawi.

Bubur Kacang Merah



Bubur kacang merah nie..senang je nak buat..dapat idea nak buat bubur nie dari one of my dearest friend..Hasthika.Bahan2 nya...Sudah semestinya, kacang merah tu dlm 1/2 kilo, santan, rm1.00 cukup le, dan gula melaka(kalau di sarawak dipanggil gula apong).Kacang tu mestilah di rendam semalaman. lepas tu rebus kacang tu sehingga lembut. rebuskan bersama daun pandan.Bila dah empuk, baru le dibubuh santan.

SuP beBola Ikan TeNggiRi

Inilah sup fishball...ikan tenggiri..cara-cara membuat ada kat bawah...






Menu hari ini ialah, sup bebola ikan tenggiri....masakan nie baik untuk kesihatan, terutama bagi mereka yang berdiet, al-maklumlah makin meningkat usia metabolisma pun makin berkurang, jadi cara pemakanan pun kena jaga juga(tu sebenarnya peringatan untuk diriku juga)..




kemudian ikan tu dibelah dua..untuk di ambil isinya saja...


tulang dgn kulit jangan di buang...untuk di rebus dahulu bersama air.




Camne le rupanya...





bulat-bulatkan camne...senang je..

KongsiResepi

Rehat Sekejap...