click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Dec 22, 2009

Batang kailan...Sos Tiram...


Sayur batang kailan nie kegemaran Tinta sekeluarga. Susah juga nak beli sayur nie. Ianya banyak kalau nak tiba tahun baru cina. Batang Kailan nie rasanya agak ranggup. Selepas di kupas kulitnya, kena rendam dalam air dulu. Ini supaya rasanya ranggup. Sayur nie lebih sedap di masak bersama daging. Tapi isi ayam pun boleh.Resepi sayur nie simple dan senang je. Selamat mencuba.



BAHAN-BAHAN


Sayur kailan yang dipotong dan dicuci bersih
seketul dada ayam dipotong nipis(guna daging pun boleh)
8 ulas bawang merah dikisar halus
sedikit halia dipotong nipis
minyak masak scukupnya utk menumis
4 sudu besar sos tiram
air sedikit
perasa scukupnya


CARA-CARA

1. Tumiskan bawang merah yang telah dikisar sehingga naik bau
2. masukkan halia dan isi ayam, masukkan sedikit saja air
3. Tumiskan isi ayam sehingga empuk,
4. bila isi ayam sudah masak baru masukkan sos tiram, bila sos tiram/kuah  dah agak pekat
5. Masukkan sayur Batang kailan.



batang kailan sebelum dipotong dan selepas dibuang kulit.



6 comments:

  1. woohhh ni bleh makan ehhhh...kita salu pandang je, nk beli takut taleh makan. Nak menggayakan canerrr ler nak masak btg gegemok ni. Lenkali bleh bli ler ekkk.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Iyalah...kite pun tak pernah tau batang kailan jenis ni bole dimkn...Lain kali klu nampak boleh cuba beli then masak ni...

    ReplyDelete
  3. Chinese vege ni selalunya resepi dia...tak pernah try.....mesti sedap kan!!

    ReplyDelete
  4. 1st time tengok batang kailan ni. tak tau pulak batang kailan ada besar cam tu!!!

    ReplyDelete
  5. nampak cam sedap..byk resipi best2 kt cni..

    ReplyDelete
  6. Salam tinta...sedap yer ba btg kailan ni..tak pahit ker...ada juga liza nampak...skrg liza dah tau camner nak masaknya..kena rendam dulu yer..pas tu kan tinta liza dah jumpa sayur taumil tu kat supermarket Unaco..nanti bila dah masak liza tepek gambo yer..sbb ari tu nak cari tauhu tu tgk takder lak yg ada tanda halal..kekadang ada...apapun thanks tinta...

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...