click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Oct 7, 2009

TART NENAS GULUNG





Hari nie dapurku berasap.....update blog dengan memasukkan Resepi tart nenas gulung...salah satu biskut yang mesti dibuat setiap menjelang syawal. Lupa pula nak mngambarkan biskut yang telah dibakar. Bila teringat..alamak biskut dah habis pulak. selalunya biskut nie dibuat bukan untuk dijamu kepada tetamu..tetapi untuk dimakan ahli keluarga terdekat sahaja..nak tahu kenapa...sebab tart nenas saya nie agak sedap..(bukan saya puji diri sendiri)..orang yang makan tart nenas nie yang cakap...haha...tak tahu betul atau tidak....Nak tahu rahsia resepiku nie...Baca kat bawah...


Bahan A


1 kg tepung gandum

sedikit tepung susu nespray

450gm mentega(guna brand Goldenchurn)
tart akan lebih terasa lembut dan lemak


2 biji telur ambil kuning shj

2 biji kuning telur(untuk disapu)

2 sudu teh esen vanila


Bahan B
 (kalau nak mudah beli je yang dah readymade)

1 biji nenas

1 ½ cawan gula

4 kuntum bunga cengkih

sehelai daun pandan

Cara:

1. Gaulkan semua bahan A dan uli hingga lembut untuk dijadikan doh.

2. Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan.

3. Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem nenas di atasnya dan gulung.

4. Sapukan kuning telur diatasnya untuk nampak lebih berseri, dan bakar.






No comments:

Post a Comment

KongsiResepi

Rehat Sekejap...