click..click

...follower...tqvm..

Dec 29, 2009

KeK Lapis Aneka Rasa dan Warna..



Kek nie minggu yang lepas buat, baru ada masa nak buat entry. Tinta sebenarnya banyak resepi2 kek2 lapis sarawak sama ada yang lama dan baru. Semua tu kakak Tinta yang sulong punya. Kakak Tinta namanya Kak Ida memang pakar dalam membuat kek2 lapis, tu semua masa kami masih kecil dan dia belum berkeluarga. Cuba bayangkan kalau Hari Raya, sampai sepuluh biji pelbagai kek lapis yang dia buat. Itu semuanya tinggal kenangan indah. mana taknya hari raya kami jarang brkumpul bersama, al-maklum kakak Tinta tu menetap kat Mukah, sedangkan kami semua kat Kuching. Tapi penyebab kami jarang berkumpul pada  hari raya sebab kedua ibu bapa dah takde lagi. Masing2 sibuk dgn keluarga sendiri.Tu semua tinggal kenangan yangg tak mungkin luput dlm minda. Wah..panjang pula tinta berceloteh kali nie.


Sebenarnya kalau kek lapis yang mengguna kaedah bakar tu rupanya  cantik tapi  berapa sedap. Itu pendapat tintalah. Yang sedap kek Lapis sarawak nie kalau yang menggunakan kaedah kukus.Resepi nie tinta ambil dari buku resepi koleksi peribadi.Jangan hairanlah kebanyakkan kek lapis Sarawak, banyak menggunakan telur.



BAHAN A

15 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu besar Ovalette
120 gm tepung gandum
150gm gula castor
25gm air sejuk dalam peti sejuk
(pukul bahan diatas bersama selama 10 minit)

BAHAN B

250gm mentega
1 sudu kecil essen vanilla
4 sudu besar susu pekat
(kacau sebati)

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1/Campurkan bahan A dan B
2/Kemudian kacau sehingga sebati. setelah itu bahagikan kepada lima bahagian.
3/Empat daripadanya diwarnakan ,
4/hijau dan merah dicampur 2 camca besar sekaya
5/ kuning dicampur 2 sudu makan horlick
6/coklat dicampur dua sudu makan milo atau serbuk koko
7/Biarkan satu tanpa warna dicampur dua sudu makan perisa chess
5/Lapis warna demi warna satu senduk sampai habis


proses melapis, warna demi warna....mula2 kena guna api atas dan bawah,
lapisan seterusnya guna api atas sahaja.

Dec 28, 2009

Pizza Ria ...sosej,nanas,jagung.


Untuk membuat  pizza nie..tinta merujuk kat blog Teratak Dayang Jack. Kak Dayang izinkan saya CnP ye. Memang sedap pizzza nie. Cuma tinta ubah mengikut bahan2 yang ada. kalau kat Kuching ada sebuah tempat kat bawah jambatan Satok, ada sebuah kedai Namanya Pizza Ria. Memang adalah sedikit kesamaan rasa. Cuma bila kita buat sendiri kita boleh buat topping ikut selera sendiri. Dah lama tak makan kat situ. Anak2 dan suami lebih gemar makan kat Pizza HuT. Pizza saya nie ada kekurangan, dah masuk oven baru teringat lupa bubuh mayonis. Tapi tanpa mayonis pun ok juga...


BAHAN-BAHAN
Pizza base : Large size
2 cawan tepung gandum
2 sk yis segera (sebaik2nya yis mauripan)
2 sb susu tepung
157 ml air suam (39C....suhu org demam panas)
1 sb gula halus
1/2 sk garam
1/2 sb bread softener
1 sb olive oil


CARA-CARA

1/Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)

2/Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dgn hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik (tidak perlu tambah tepung sb sukatannya dah betul kalau guna cawan/sudu metrik...hehe...). Teruskan menguli lebih kurang 15 minit.

3/Simpan doh di dlm satu bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.

4/Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dgn minyak zaitun.
Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk2kan sedikit utk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dlm pan dengan hanya menekan dgn telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai. Ratakan doh sehingga padat.

5/Cucuk permukaan doh dgn garpu dan sapukan dgn minyak zaitun di tepi2 doh dgn berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak).

6/Akhir sekali ratakan dgn sos tomato/cili, mayonis dan bahan2 topping yg lain kecuali keju parut dan oregano.

7/Bakar selama 20 minit. 5 minit terakhir, keluarkan pizza dari oven. Taburkan keju parut dan oregano. Bakar sehingga perang.


Untuk Topping :

100 g isi ayam/daging (dicincang/minced)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1-2 sb puri tomato
sedikit mix vegetable
edikit garam dan gula
sedikit mayonis
sos tomato/cili

Untuk hiasan :
sedikit oregano kering
sedikit tomato (dihiris dadu)
sedikit crabstick (dipotong kecil)
sedikit cendawan shitake
Mozarella Cheese
Lain-lain jika suka.

Dec 27, 2009

Mini Sosej Bun...


Mini sosej nie tinta sediakan untuk hidangan anak2 saudara yang suka makan roti kecil2 begini.Resepi sosej bun nie...tinta guna resepi dari blog Hana Memories..., Terima kasih banyak2. Kali nie memang betul2 menjadilah mini sosejku ini...begitu gebu sekali....


BAHAN-BAHAN

250g tepung roti
6g yis kering
50g gula
50g butter
20g susu tepung
1 biji telur- size S
70g water roux(ganti dg Shortening)
1/2 sk bread improver
1/2 sk garam
90-100ml susu segar
sosej secukupnyer - rebus dahulu

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/Masukkan semua bhn kecuali sosej ke dalam BM. dan tekan setting dough ONkan. (saya guna mesin tangan, belum ada BM, tunggu bonus ASB hihi)
2/Tunggu hingga siap.
3/Naikkan doh hingga dua kali ganda. Tumbuk2an bagi mengeluarkan angin.
4/Ambil 25-30g. canaikan doh,buh sosej dan gulungkan. Letak di atas loyang.
5/Naikkan roti sekali ganda lagik. Panaskan oven.
6/Bakar 180 selama 15min atau hingga masak.
7/Dah masak sapukan butter agar berkilat dan sejukkan di atas redai.


HappY BefDay..Anis Hayani..& Mak Dah..


Selamat hari Lahir untuk anak tersayang Anis Hayani genap setahun . Majlis di buat awal memandangkan hujung minggu, baru semua keluarga dapat berkumpul. Anis anak tinta yang ketiga, lahir 1 Muharram bersamaan 29 dis 2008. Mak Dah tu adik ipar Tinta, makcik Anis, lahir 27 dis, jadi kami raikan bersama majlis kesyukuran merangkap majlis Hari jadi...

Kek yang sedap ini di sponsour Faridah(mak Dah), dan di order dari laman blog edacupcakes dari Kuching.  Memang sedap kek nie. Lain kali boleh order lagi dan bolehlah bagi diskaun ye....


Anis hayani dan mak Dah....




 
 Aiman. Alya dan Anis bersama sepupu mereka.



Sekitar majlis......
1/Anis "befday Girl"...bersama ayahnya..mama busy tak sempat nak berposing...:)
2/Anis bersama Su Jam....
3/Befday siapa nie?..nak bagi peluang kpd alya dan sepupu yg suka sgt tiup lilin
4/Anis sibuk bersama hadiah2..
5/Mak Dah sibuk melayan anak2 saudara.




Antara pencuci mulut yang Tinta sediakan..



Antara juadah hari tu, nasi ayam mak mentua yang sediakan, manakala mini sosej, pizza dan laksa Sarawak tu, siapa lagi, Tintalah yang sediakan. Agak letih jugalah tapi rasa puas hati dapat menyediakan hidangan. Itulah sebab Tinta belum berjalan lagi dari rumah-ke rumah teman-teman blogger.Resepi laksa DLL nanti saya updatekan...

Dec 23, 2009

Cheese Cake Instant




Ini adalah antara chez kek yang sering Tinta buat. Kek Chez kegemaran suami, sebab dia suka rasa cheznya yang pekat. Selain tu kek nie agak  mudah disediakan. Hanya perlu di sejuk bekukan dalam peti ais. Loyang pula kalau boleh pakai yang (loose base tin), yang boleh ditanggalkan dari bawah. Loyang biasa pun boleh cuma agak susah untuk dipotong. Resepi nie diberi my sis In Law, Emilin...terima kasih atas resepi nie. Dah beberapa kali buat. Sukatan kena ikut betul2, kalau tidak terlampau lembik payah pula nak beku.


RESEPI CHEESE CAKE INSTANT(acuan 7'7')

250gm philadelphia cream cheese
125gm mentega(golden churn)
1/2 cawan gula halus
2senduk tepung susu Nespray
1 paket agar2 serbuk(10gm) -masak bersama 1 cawan air
2 paket biskut saltcheese


CARA-CARA MEMBUATNYA

1/pukul mentega dan gula sampai sebati
2/masukkancream cheese, pukul lagi
3/masukkan agar2 dan susu Nespray dan pukul sebati
4/susun biskut saltcheese ke dlm loyang, tuang satu senduk dan ratakan
5/ratakan dan susun biskut lagi tekan ulang hingga habis
6/simpan ke dalam peti sejuk semalaman, barulah boleh dihidangkan.





Dec 22, 2009

Batang kailan...Sos Tiram...


Sayur batang kailan nie kegemaran Tinta sekeluarga. Susah juga nak beli sayur nie. Ianya banyak kalau nak tiba tahun baru cina. Batang Kailan nie rasanya agak ranggup. Selepas di kupas kulitnya, kena rendam dalam air dulu. Ini supaya rasanya ranggup. Sayur nie lebih sedap di masak bersama daging. Tapi isi ayam pun boleh.Resepi sayur nie simple dan senang je. Selamat mencuba.



BAHAN-BAHAN


Sayur kailan yang dipotong dan dicuci bersih
seketul dada ayam dipotong nipis(guna daging pun boleh)
8 ulas bawang merah dikisar halus
sedikit halia dipotong nipis
minyak masak scukupnya utk menumis
4 sudu besar sos tiram
air sedikit
perasa scukupnya


CARA-CARA

1. Tumiskan bawang merah yang telah dikisar sehingga naik bau
2. masukkan halia dan isi ayam, masukkan sedikit saja air
3. Tumiskan isi ayam sehingga empuk,
4. bila isi ayam sudah masak baru masukkan sos tiram, bila sos tiram/kuah  dah agak pekat
5. Masukkan sayur Batang kailan.



batang kailan sebelum dipotong dan selepas dibuang kulit.



Roti Cheese Crispy


Sebenarnya roti cheese crispy nie saya buat daripada lebihan Doh pizza. Di tabur dengan sedikit chez mozarella kat atasnya. Agak sedap jugalah di makan bersama sup Cendawan Campbell. Nie sebenarnya idea suami saya. kalau ditabur gula sikit kat atas roti nie mesti sedap, tapi suami saya suka yang tawar begini.


Dec 21, 2009

PiZZa Mini Crispy...







Resepi mini pizza crispy nie asalnya..pizza crispy biasa, saya yang ubah jadi mini, resepi asal saya ambil dari
MyR oleh Myaida..... Terima kasih banyak2 kepada penyumbang resepi. Cuma saya tambah yis mauripan sepaket kecil. dan adunan saya telah tambah, sebab resepi asal untuk seorang saja. Saya buat lebih sikit. Resepi kat bawah untuk Doh saja. Topping nya pula boleh ikut citarasa masing2.

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA ( untuk 5/6 orang )


500gm tepung gandum(saya guna tepung high protien)
10 sb olive oil atau minyak masak
300 ml air
4sk tepung jagung
2 sk baking powder
1 sk garam halus
1 paket yis mauripan(11gm)..nie saya tambah

CARA-CARA
 
1/Campurkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam, gaul rata
2/Kuak-kuakkan tepung, buat lubang di tengahnya, masukkan olive oil di ikuti dengan air, gaul rata kemudian uli, biarkan seketika, canai agak-agak nipis lepas itu cucuk dengan garpu, letak doh dalam dulang pembakar, sapukan pizza sauce kemudian tabur dengan apa-apa topping yang disukai
3/Bakar pada suhu 210C, masukkan dulang pembakar dalam oven ditingkat No.1 dari bawah. Bakar selama 15 -30 minit bergantung pada ketebalan.
4/Untuk bahagian topping(ikut selera masing2)..saya bubuh, sosej,cendawan butang,sos,chez,crab
5/Selamat Mecuba.
 
 
 

Dec 18, 2009

Oreo Cheese cake



Oreo cheese cake nie....resepinya saya ambil dari Blog Dr Inahar, "INAHAR'S COOKING TIME", Resepi asal Baiduri/myr. Biasanya buat kek cheese nie acuan bulat, saya pula takde lagi loyang yang bulat, tinta ada banyak loyang lebih daripada empat, tapi semuanya segiempat(biasanya kalau buat kek Lapis elok loyang mcm tu).Disebabkan bahan dah ada apa lagi, saya pun tak sabar nak membuat Oreo chez kek tu...memang sedap...tapi dalam aduanan tu, saya tak bubuh pun roti oreo..sbb nak rasa chez tu lebih...lain kali patut ikut resepi 100%. terima kasih banyak2 kepada penyumbang resepi...saya cnp ye...


Aiman dan Alya tak sabar menunggu kek tu di potong.kek dah siap semalaman di dalam peti sejuk. Pagi2 aiman dah bagitahu, mama kek sudah boleh dipotong. Belum mandi lagi tu...

RESEPI OREO CHEESE CAKE

250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula
biskut oreo(buang inti) secukupnye -dicincang halus


BASE
70g butter dicairkan
200g biskut dihancurkan(oreo cookies)
*Saya tambahkan adunan nak bagi base tu tinggi sikit


CARA-CARA MEMBUATNYA
1/Panaskan oven 170 degree.
2/Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
3/Gaulkan biskut yang telah dihancurkan dengan butter yang telah dicairkan dan tekan dengan padat ke dalam loyang. setelah itu simpan didalam peti sejuk.
4/Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander.
5/Mix biar sampai jadi cream then tambah biskut oreo cincang.(Yang nie saya tak ikut)..lain kali patut ikut
6/Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
7/Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
8/Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap
9/Sebelum di makan boleh la di letakkan oreo cookies.






peace.....:)

BuRgeR KinG....??


Saja je bagi tajuk Burger King...sebenarnya teringin nak makan burger King, kat Kuching takde lagi cawangan Burger King...Jadi buat burger nie..imagine jer le mkn burger King..nielah antara makanan kegemaran anak2, buat breakfast kadang2 merangkap minum petang. Burger takde resepi lah ye..semua orang boleh buat burger ....akhir kata...Selamat Tahun baru Islam..1431H...kepada semua teman2 bloggers yang di kasihi  sekalian dengan ucapan, semoga hari2 yang mendatang di permudahkan segala urusan hidup kita....dimurahkan rezeki yang berkekalan dan dilanjutkan usia dalam kebaikan.



Dec 17, 2009

Roti John....


Kenapalah Roti nie dinamakan Roti John?...ada sesiapa tahu ke?. Barangkali orang yang pertama buat roti camne nama John ke?...Saya  nie minat sangat makan roti John....kalau kat Kuching susah juga nak beli yang sedap. Adapun mahal sangat. Tak berbaloi kalau sebiji roti John yang sekecil mcm nie harga rm3/4...Hari tu ada tengok kat dapur E-na, buat Roti nie. Siap tunjuk gambar demo membuat. Bagi Slow learner macam kita nie tu yang best kita boleh belajar satu persatu. Tak susah sangat pun...Terima kasih E-na, Resepi nie saya C n P dari Lovelykitchen, kepunyaan E-na Zarina.


BAHAN-BAHAN ROTI JOHN

5 ketul Roti hotdog atau yang seumpamanya
Inti daging bersayur
6 biji telur
Chilli Sauce
Mayonis
1000 island sauce
Sedikit marjerin



CARA-CARA MEMBUATNYA;

1/Roti di belah dua tetapi jangan putus.
2/Sapukan sedikit sahaja marjerin pada roti. Ketepikan.
3/Pecahkan sebiji telur ke dalam cawan.
4/Masukkan 2 sudu besar Inti Daging bersayur ke dalam telur tadi.
5/Tambahkan sedikit garam dan kacau.
6/Panaskan sedikit minyak di dalam pan.
7/Dengan api perlahan, masukkan semua bancuhan telur ke dalam pan
8/Masukkan roti yang telah di sapu marjerin tadi ke atas telur .
9/Tekan-tekan roti supaya menyerap telur.
10/Bila telur telah masak bolehlah di angkat.
11/Ulang langkah .
12/Picitkan chilli sauce, 1000 island sos dan mayonis ke atas lapisan telur
13/Lipat semula Roti tadi dan potong untuk di makan.





Dec 16, 2009

Dabai Goreng..Ikan Bilis..



Inilah rupa buah Dabai.yang telah dipisahkan dari biji....sebelum nie pernah juga buat entry ttg buah dabai nie...Nasi Goreng Dabai. Kalau nak melihat buah Dabai tu   Klik kat Sini.


 Pusuk tu bahasa sarawak yang bermaksud Ikan bilis. resepi nie senang je di buat.


BAHAN-BAHAN

2 bawang besar dipotong panjang
ikan bilis secukupnya(digoreng)
2 biji cili hidup dihiris
10 biji Buah dabai di buang biji
minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa secukupnya


CARA MEMBUATNYA

1/tumiskan bawang sehingga naik bau
2/masukkan pula cili
3/masukkan buah dabai dan juga ikan bilis
4/masukkan pula garam secukup rasa






Dec 15, 2009

Sup Ikan Lumek


Ikan  Lumek.....itulah nama ikan nie kat Kuching, kalau tpt lain tak tahu pula dipanggil apa. Tapi masa saya belajar kat KL selama 6 tahun tak pernah lagi jumpa ikan nie. Ikan nie rupannya licin mcm belut, tapi isi nya tak kental mcm belut. isinya macam jeli, kalau masuk dalam mulut terus hilang.Resepinya sup nie simple je...

Resepi sup ikan lumek

BAHAN-BAHAN

sekilo ikan Lumek (dibuang kepala dan dipotong)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
(kesemua bahan ditumbuk lumat)
1 sudu pati ayam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
bawang goreng dan daun Sup(untuk ditabur atas sup)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk
2/apabila sudah naik bau, masukkan air secukupnya
3/bila air sudah mendidih, masukkan pula ikan dan bahan2 perasa dan terus tutup api
(ini untuk mengelakkan ikan hancur)
3/boleh dihidangkan bersama daun sup dan bawang goreng





beginilah rupa ikan lumek....




Dec 14, 2009

Mini Sosej Bun...



Aiman dan Alya kegembiraan bila mamanya siap membuat mini sosej bun nie. kedua-dua anak say atu, memang minat sangat makan roti yang mini2 begini.Biasanya kalau beli 4keping bun begini RM2.50, kalau dua orang RM5,dapat beli dua paket sosej.  Kalau buat sendiri memang letih, tapi seronok melihat anak2 makan. Suami saya pula ketawa melihat bun saya yang begitu mini, kiut(comel) barangkali. Manataknya sebatang sosej tu saya potong empat. Resepi nie saya ambil dari blog Hana, hana pula ambil dari mamaFami. terima kasih atas resepi yang disumbangkan.Cuma masa mengadun tu baru teringat bread improver takde stok. jadi Bun nie agak keras, tapi saya suka rasanya yg agak crispy..


250g tepung roti
6g yis kering
50g gula
50g butter
20g susu tepung
1 biji telur- size S
70g water roux(nie pun tak bubuh)
1/2 sk bread improver
1/2 sk garam
90-100ml susu segar
sosej secukupnyer - rebus dahulu
 
 
 
1/Masukkan semua bhn kecuali sosej ke dalam BM. dan tekan setting dough ONkan. (saya guna mesin tangan, belum ada BM, tunggu bonus ASB hihi)
2/Tunggu hingga siap.
3/Naikkan doh hingga dua kali ganda. Tumbuk2an bagi mengeluarkan angin.
4/Ambil 25-30g. canaikan doh,buh sosej dan gulungkan. Letak di atas loyang.
5/Naikkan roti sekali ganda lagik. Panaskan oven.
6/Bakar 180 selama 15min atau hingga masak.
7/Dah masak sapukan butter agar berkilat dan sejukkan di atas redai.



Dec 13, 2009

Tau Mil..wif..egg japanese Tofu


Tau mil nama sayur seperti yang terdapat dalam gambar. Saya nie pengemar apa2 jenis tauhu. Menurut sumber2 yang pernah tinta baca kalau kita mengandungkan tauhu nie elok dimakan. Supaya anak yang lahir putih melepak. Mungkin juga ada kebenarannya. Semasa mengandungkan Aiman dan Alya saya nie gemar makan tauhu, apabila anak lahir, terutama yang petama sebab jaga pemakanan, Kulitnya betul2 putih. Mengandung yang ketiga pula, saya dah tak berapa jaga pemakanan, apa saja masuk. Anak yang ketiga kulitnya baisa saja. Apa2pun mungkin itu hanya kebetulan. tapi kalau air susu, sir soya memang elok untuk sesiapa yang berbadan dua...

BAHAN-BAHAN TAU MIL WIF TAUHU JEPUN

4 batang tauhu di potong dan digoreng
tau mil 1/2 kilo
isi ayam dicincang halus(saya tak bubuh), kalau ada sedap lagi
5 biji bawang merah dikisar
1 sudu besar soso tiram
sedikit pati ayam
minyak untuk menumis

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau
2/Masukkan isi ayam,sos tiram,dan pati ayam
3/Masukkan sayur(tau mil) dan akhir sekali masukkan tauhu jepun yg telah digoreng.
4/Terus matikan api




Tempoyak goreng...Udang


Kalau kat Sarawak, selain dimakan mentah, tempoyak sedap juga digoreng bersama ikan bilis atau udang.
BAHAN-BAHAN TEMPOYAK GORENG UDANG

untuk makan 4/5 orang

4 sudu besar tempoyak
1biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 biji cili padi atau cili besar
udang dalam 8 ekor
garam secukupnya
1 sudu kecil gula(kalau tempoyak fresh tak payah bubuh gula)..dah manis
minyak masak untuk menumis

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Tumiskan kesemua bawang dan cili sehingga naik bau
2. Masukkan udang
3. Masukkan tempoyak
4. masukkan garam secukup rasa..










Dec 11, 2009

Telur ayam & telur itik...Stim...


Sesiapa yang suka makan telur boleh mencuba resepi nie..Senang dan mudah untuk disediakan. Kalau bulan puasa juadah nielah pembuka selera waktu bersahur.


Resepi telur ayam campur telur masin Stim....(mkn 5 /6 org)

BAHAN-BAHAN


3 biji telur ayam
5 biji telur masin
segelas air
satu sudu kecil serbuk pati ayam..
bawang putih goreng,daun sup(untuk ditabur diatas telur),kalau takde pun takpe

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Pukul telur ayam sehingga kembang,
2. Masukkan telur masin (yang bahagian kuning dihancurkan terlebih dahulu)..
3. Masukkan segelas air
4.Masukan sedikit serbuk pati ayam
5.Lepas tu letakkan ke dalam Stimmer utk dimasak...





Dec 10, 2009

Stik Ikan...






Resepi Stik/Steak ikan nie memang senang disediakan dan sedap pula dimakan.Saya perolehi resepi nie daripada buku yang saya beli yang di tulis oleh Chef hanieliza. dalam blog beliau  pun ada juga resepi nie.
Minta izin Chef saya C n P. Tetapi saya ada tambah sedikit bahan. Saya bubuh juga lada hitam yang sudah ditumbuk. memanaskan badan, al-maklum sekarang nie musim hujan.
Steak nie sedap juga dimakan bersama sambal kicap.



BAHAN-BAHAN
ikan dipotong nipis(ikan tongkol atau tenggiri)
serbuk lada sulah
garam
kunyit
sos lada hitam
satu sudu kecil lada hitam(ditumbuk)




CARA-CARA MEMBUATNYA:

1 Perapkan ikan dengan lada sulah,lada hitam,sedikit sos lada hitam, garam dan kunyit selama 30 minit.
2. Bakarkan dalam non-stik pan sehingga nampak garing.(saya bakar dlm oven)





KongsiResepi

Rehat Sekejap...